datang meneman

Monday, 22 April 2013

Dunia baru.


Ada orang kata aku sekarang makin sombong. Aku sebenarnya bukan sombong atau sengaja menyombongkan diri. Cuma aku dah terlalu sibuk cari sesuap nasi dekat tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ni hah.


Maka aku benganglah bila aku tengah sibuk kerja sampaikan nak tarik nafas pun tak sempat lepastu tiba-tiba aku dapat sms atau comment yang kasar bahasanya tu kan.


Bengkek beb, bengkek.


Sekarang aku dua tiga empat kali lagi sibuk dari dulu. Aku baru tukar kerja, dari syarikat hartanah ke syarikat perumahan negara berhad atau SPNB sebagai seorang kuli yang bernama assistant executive. Tapi dulu study Tourism Management.


Jauh terpesong bukan?


Awal pagi aku bangun keluar pergi kerja dan balik rumah malam. Lepastu letih, buat apa yang patut kemudian tidur. Dan besok buat benda yang sama sampai hari jumaat. Kadang2 kena keluar oustation berhari-hari. Sabtu pun kerja. Dia punya sibuk sampaikan kadang tu tak sempat nak bersua muka dengan housemate.


Badan letih. Tapi aku fikir, kalau orang lain boleh kenapa aku tidak?


Tapi sumpah aku suka kerja baru aku ni. Alhamdulillah, masa interview semua berjalan dengan baik. Aku kena interview dengan 5 orang panel dan bos 3 daripada mereka kenan dengan aku. Memang alhamdulillah.


Aku dah jarang nak berfacebook sangat, twitter pun dah makin kurang,  Instagram pun sama, Blog apatah lagi. Wechat pun aku jarang reply sebab aku segan lah ramai orang kata suara aku macam budak tadika padahal aku ni rock orangnya. Heh. Dan keek pun aku sekadar sempat stalk orang lain punya video je, aku takde pun upload apa2 video, sebab aku kan pemalu lagi sopan santun. Gittuw.


Alhamdulillah aku dah makin terlalu jatuh cinta dengan kehidupan sibuk yang melampau aku sekarang. Semoga semuanya dipermudahkan.  Amin.

Tuesday, 19 March 2013

Berpisah hidup.



Kena marah.


Bukan kena marah sebab buat salah
bukan kena marah sebab terlalu menyakitkan hati
aku kena marah sebab aku nekad untuk berpisah hidup dengan sahabat

dia marah tapi mata dia berkaca
aku tahu sebab dia terlalu sayang
sebab aku pun sama

kita semua duduk satu rumah hampir 2 tahun
pejam celik pejam celik je kan
dan mereka paling rapat dengan aku selepas keluarga
dia punya tahap sayang tu tak boleh nak digambarkan macam mana

mata berkaca dah
celakanya!
maaf sahabat

*hugs and kisses*




Wednesday, 27 February 2013

Maaf.


Maaf

Maaf sebab buat kau fikir aku ini manusia paling sempurna. Bila timbul satu cela itu kena pada aku, kau tak mampu nak hadap aku lagi. Kau benci aku. Kau pergi jauh dari aku. Salah aku. Salah aku sebab selama bertahun lamanya aku terlalu menjaga hati kau. Salah aku sebab aku tak sempurna seperti apa yang kau jangka. Salah aku selama ini terlalu rapat dengan kau.

Cuba kalau kita tak pernah dekat?

Salah aku asyik cuba untuk orang faham aku sebab aku letih hari-hari aku sedaya upaya untuk cuba faham dan selami hati orang lain.



Pergilah. Jangan toleh lagi.

Aku redha.



Monday, 25 February 2013

Eksiden.


Kawan satu rumah eksiden

koma 26 hari

genap

masa aku lawat dia dekat icu Hospital Sungai Buloh dia masih kritikal

semoga semuanya dipermudahkan

bertabahlah sahabat

awak kuat kan?