Sunday, 20 November 2011

Kisah photoshoot dari dulu hingga kini.





Semua kenangan gambar photoshoot dari hari ke hari yang aku tulis pada onduniasikidal sudah pun hilang selamanya. tapi dalam sini, dalam hati ini, semua itu tidak pernah hilang. semua cerita masih tersimpan rapi disini.

melaka adalah tempat pertama aku bergabung dengan silipas dan sigadisgincumerah. pertama kali photoshoot memang kaku gila. tak tau nak buat muka macamana, tak tau nak senyum macamana, tak tau nak berdiri macamana, tak tau nak pose apa,

pendek kata,
semua tak tau.






dan ini adalah hasil pertama. 




ini pula hasil kedua. masih photoshoot di melaka. siap pakai fake eyelashes lagi. dan juga pertama kali pakai tudung ala-ala hana tajima. memang tak berapa nak jadi, tapi main belasah je. asalkan selesa.




ini photoshoot suka-suka. juga di melaka. entah kenapa shawl warna ini cukup membuat diri ini terpikat untuk memakai berulang kali. tapi sekarang? shawl ini sudah dilupakan kerana sudah ada yang baru.






malam yang indah di laman KLCC. masa ni aku ditemani oleh dua hantu cantik dibelakang. sukahati je aku panggil korang dua hantu kan :D




pada ketika aku dan sahabat diberi tekanan yang melampau, kami berdua telah pun pergi jauh dari masalah dan mencari tempat cantik untuk menenangkan diri, dan inilah tempat tersebut, UPM.




photoshoot di putrajaya bersama sahabat blogger yang semakin hari semakin rapat, ain syafiqa nama diberi.




photoshoot di Dataran Merdeka bertemakan belon yang pelbagai warna.




sumpah sampai sekarang aku rasa segan bila tengok seluar kuning ni. tak tau lah dari mana datang keberanian masa tu untuk pakai seluar macam ni. cukup lah sekali macam ni. ramai betul yang gelar aku power rangers. jahat hang pa ni kan.


photoshoot bersama sahabat di rumah buruk lubuk jenayah juga adalah salah satu tempat bahaya yang aku pernah pergi. serius seram. 



berbaju merah jambu dan putih di bukit bintang.


ini adalah kali pertama aku photoshoot dengan menggayakan skirt.





berbaju kurung warna-warni





di putrajaya membelakangi cahaya matahari yang indah.





photoshoot BFF bersama sigadisgincumerah. ai sentiasa sayang yu darling. muah!





makan angin percuma sambil berphotoshoot di pulau pangkor adalah salah satu aktiviti yang terpaling best aku pernah rasa.





photoshoot bertemakan kanak-kanak di taman permainan KLCC. kadang-kadang terasa seolah diri ni terlalu muda.




photoshoot di UPM buat kali kedua tapi di bahagian kawasan yang lain. bukan di pokok lagenda budak setan itu lagi.



dan ini adalah photoshoot terakhir aku buat masa ni, mungkin lepas ni lagi banyak. maklumlah, kalau dah gila kamera tu gila kamera lah jugak kan :D thanks kepada dia yang tak pernah bosan melayan kerenah aku. walaupun perangai kau kadang-kadang annoying aku tak kesah sebab aku rasa perangai aku lagi berganda annoying. hehe cukup lah sampai sini dulu, kalau blog ni kena delete lagi, aku buat lagi entry macam ni. PEDULIK-HAPE-AKU.


13 comments:

nurul diana said...

stay cute sys :)

great mush said...

arghhh!yana cantik!nais nais nais!

Miss Iza Pink said...

cantik....dan saya suka photoshot yana :)

DAYG ♥ said...

ahahhh. semua pics cantik gile, + lg dgn modelnyaa. ah cunnyaaa!<--kata zahid ;P

AmALiNa aFIqAh said...

hehe...stail..xpe, yg penting smua kenangan tu dah terpahat dalam minda kita dah.hihi

mishnurlin said...

cantik :)

AIN SYAFIQA AZMI said...

auu ade nama i . syg u yunk! =) btw sukee sgt2 ayat terakhir tu . TERBAIKKKKK!!! =)

nuruashia ♥ said...

cun sgttttt :P

Nadya Sulia said...

cun

N U R A L Y N said...

cantex..!!

cimOt said...

nice angle shooting!!

Anonymous said...

Yana cantik,cute n chomell.. Sy suke tgk yana.. Very nice..

ir yien 9897 said...

angat bergaya dan cantik :)
sooka tgk :)