Thursday, 24 November 2011

Perasaan hari ini.



Hari ini,
tiada apa yang istimewa,
sama seperti hari semalam,
menunggu jam berlari anak menuju tepat ke arah limatigapuluh petang,


cuaca hari ini sungguh indah,
mendung,
dan titisan hujan tidak sedikit pun kelihatan,
setiap perjalanan perlahan aku ditiup udara nyaman,
nyaman yang teramat sangat.


hari ini setiap perjalanan aku,
aku hayati sepenuhnya,
aku berjalan perlahan seperti seorang gadis yang sedang putus
cinta berjalan dipinggir pantai sambil mengais-ngais pasir
dengan hujung jari kaki,
aku teruskan perjalanan,
disebalik kekalutan manusia dikiri dan kanan,
tertunduk aku menyelinap disetiap satu-satu mereka,
malas hendak bertentang mata dengan sesiapa.


setibanya di landasan, tren berlalu pergi meninggalkan aku sendiri,
aku redha dan duduk diam membatukan diri,
hanya melihat awan cantik,
berbisik dalam hati,
ah! indah sungguh ciptaan tuhan.


aku keluar tren bersama mereka yang lain,
laju dibantu oleh escalator atau nama lainnya tangga bergerak,
touch and go di lekap di tempat sepatutnya,
dan lembut aku menggerakkan kaki melangkah pulang ke rumah yang semakin hampir.


entah kenapa hati ini menjadi terlalu hambar,
jalan yang sepatutnya aku lalu, aku elak.
sengaja aku cari jalan jauh,
angin masih bertiup menampar lembut dipipi,
shawl yang aku pakai untuk menutup rambut dari tatapan mereka yang akan berdosa melibas perlahan,
dan kadang-kadang menutup sebahagian muka,
lantas aku alih berkali kali,


disatu penjuru aku terpandang satu gerai makan,
yang sudah lama aku tak kunjung,
laksa di situ sedap,
cadang seperti ingin melihat,
tapi hasilnya dua bungkus aku belasah,
untuk makan sendiri.


kemudian aku meneruskan perjalanan untuk pulang,
melihat anak anak kecil bermain bola terus mengingatkan zaman sekolah aku,
yang penuh dengan kisah sukan sepanjang masa.



kemudian,
terserempak aku dengan seorang lelaki tua berwajah lembut sedang duduk dihadapan rumah,
persis seperti wajah ayah,
wajah ayah yang sering tersenyum sentiasa buat diri ini merindui ayah,
semoga ayah sentiasa baik disana,
dan menjaga ibu dengan penuh kasih sayang,
seperti selalu.


kan aku kata cerita hari ini seperti tiada apa,
tiada isi yang digarapkan,
semua hanya bunga-bunga cerita,
sampai disini saja,
sudah habis.
bai.




8 comments:

AIN SYAFIQA AZMI said...

yana.. ain suka sangat . ayat yana sangat baik & bagus taw. baca cerita yana buat ain rs mcm sedang lalui hari ini dgn yana =')

mira maisara said...

fikiran terbang melayang..bace blog yana

Zulfahmi Abidin said...

penulisan ini membuatkan aku dedalam dunia mu. you never walk alone.

nuruashia ♥ said...

u never walk alone my dear :)

Hurun Anne said...

sangat best laa ayat ayat k.yana (:

AmiRaHrOsLi said...

with your world :')

Lyeanna Wana said...

matching dengan lagu..HEHE

Anonymous said...

yana mmg suke bce novel eh? nice. ;)