Thursday, 1 December 2011

Kadang-kadang kita tidak sedar.


Mungkin jika mereka berada disini,
rapat dihati ini,
mereka akan faham,
bagaimana keadaan sebenar semasa ia berfungsi.


tapi tak apalah,
tak payah beria sangat nak orang faham kita,
sebab tak ada guna pun,
mereka bukan boleh buat apa.


bagi aku,
aku tak kesah,
bila,
kau hina aku,
kau keji aku,
kau ubah wajah aku,
kau fitnah aku,
kau kutuk aku,
itu semua tidak mengapa,
kalau kau rasa perbuatan itu yang boleh buat kau gembira,
buatlah.
aku redha.
dan aku maafkan semuanya.


sebab aku sedar,
ujian aku baru sikit,
jauh tarafnya jika dibanding dengan ujian yang tuhan beri pada nabi.
aku masih ada ayah, masih ada ibu, masih ada keluarga yang besar, masih ada lelaki setia disisi, masih ada sahabat yang menyayangi, masih ada semua. aku tak pernah pun sekali rasa kehilangan. tidak pernah merasa kehilangan keluarga terdekat dan tidak pernah rasa ditinggalkan kekasih. ini sudah cukup bagi aku. anggota badan pun cukup semua. 


aku tidak rabun,
tidak buta,
tidak pekak,
tidak cacat,
tidak sumbing,
tidak tempang,
ye aku sedar,
aku cukup semua.


sebab itu aku percaya yang tuhan itu maha adil. Dia tarik nikmat sikit dekat sana, dan Dia beri nikmat sikit dekat sini. semoga hari akan datang lebih baik dari hari sebelum. ameennn.




6 comments:

alyaclumsy said...

hidup ni mmg bnyk dugaan :) sabar je k yana. aminnn.

~sArAh~ said...

xpelah yana, redha je ngan ujian ni k?.. sesungguhnya yana org teraniaya taw.. byakkan berdoa k sebab doa org teraniaya ni dimakbulkan Allah..

Rasulullah saw. bersabda:
“Tiga do’a yang dikabulkan, yaitu do’a orang yang berpuasa, do’a orang yang bepergian, dan do’a orang yang teraniaya.” (HR. Uqaili, dari Abu Hurairah)

semoga orang yang menganiaya yana tu sedar.. sama-sama doakan.. insyaAllah.. ^_^

DAYG ♥ said...

alolo yana. sabar sje eh yana, psti ada hikmah d sebaliknyaa. Allah tu kan ADIL ;)

SMALL GURL said...

saya rasa ni antra post terbaik yana.yana dah buka mata saya jugak..kadang2 saya pn terlalu pk masalah dan ujian yg ALLAH berikan tp sy tak sedar sbenarnya ujian yg DIA beri tu sikit pn tak jejaskan saya sbb sy masih ad masih ad org2 trsayang di sisi saya, dan masih sihat walafiat & tkde cacat cela dimana2..thnx yana sebab post yana ni sikit sebanyak menyedarkan sy jugak..apapun, saya harap yana tabah dgn semua ujian yg DIA bg pada Yana. InsyaAllah smua ni akan buat Yana makin tabah, dan makin matang..:)

apek poyo said...

kalau ado yg pandai bersyhukur dgn nikmat tuhan tu..bgs laaa
apo yg dtg semuo dugaan..baik buruk tu semuo ujian..
yg ponting muhasabah diri

AmALiNa aFIqAh said...

betul tu yana. yana ada semua. yana x perlu takot dengan manusia2 yang pengecut tu. apa yg penting, kita kena redha dgn qada' & qadar yg Allah dah tentukan utk yana. kami semua ada di sisi yana. Semoga Allah sentiasa lindungi yana daripada niat2 jahat org2 yg zalim. amin