Thursday, 29 March 2012

Luahan rasa.

.

Bergantung kepada yang satu. si putih gebu petak bersegi. itulah digunakan oleh aku empunya diri untuk facebook-ing, tweet-ing, bbm-ing, whatsapp-ing, nowplay-ing, dan paling penting adalah alarm-ing. malangnya pada hari itu nasib tidak menyebelahi aku. sebab dia mati. tidak berfungsi. kehabisan bateri. dan menyebabkan alarm tidak berbunyi. impaknya aku lambat dan berlari.


gelabah nak mampos. sepantas kilat aku bersiap. earphone dilekapkan ditelinga dengan rapat sekali kerana itu sahaja hiburan pagi bagi wanita bekerjaya seperti aku yang sahabatnya kebanyakannya masih lagi berseronok bermanja bersama tilam empuk mereka dan dengan bangganya seringkali melukakan hati lembut ini dengan menuit gembira, 'yeay harini kelas dibatalkan'. apakan daya, harapan untuk aku terima satu berita yang kononnya berbunyik 'yeay harini kerja dibatalkan' adalah halusinasi belaka. maigad! wanita? apahal rasa macam tua ni. okay tukar ayat tadi kepada gadis. tukar sekarang. okay dah rasa muda balik.


kemudian aku menyusun kaki menuju ke arah station LTR. aku nampak kelibat golongan wanita cina warga emas sedang jogging dan diiringi oleh anjing anjing besar dua tiga ekor. aku hairan. apakah fungsi sebenar anjing anjing tersebut. adakah untuk menggigit siapa-siapa yang mengganggu gugat mereka atau bagaimana.


sebenarnya golongan warga emas dan anjing tadi sedikit mengganggu kelancaran perjalanan aku. aku berhenti dan biar mereka berlalu. sebab aku takut. bukan takut anjing. aku cuma takut kalau dia terkena aku. aku takut nanti bos aku marah sebab aku akan lambat datang kerja untuk samak seluruh tubuh aku. bos marah? bos baik lah mana pernah marah. dunia terbalik lah agaknya kalau dia marah. perjalanan diteruskan dengan senyuman. kenapa tersenyum? en kenapa tanya? ya kerana lagu kegemaran hati sedang berdangdut ditelinga, tentang rasa.


pantas aku mencari kad touch & go aku yang bakinya sudah hampir kering minta ditambah nilainya itu. tapi malang, apa yang aku cari tidak dijumpai. bodoh punya kad, mana kau sembunyi hah. getus aku dalam diri. ye betul. aku tertinggal kad penting kesayangan aku itu dekat rumah sana. dan aku lihat kaunter tidak dibuka untuk membeli token. yang ada hanyalah untuk tambah nilai touch & go sahaja. super duper nice bukan. malang memang tak berbau macam kentut rahman syah. masing-masing beratur panjang dengan penuh kesabaran termasuk aku. aku beratur dan itu adalah hari pertama aku beratur untuk membeli token dekat mesin setelah sekian lama mendalah itu diwujudkan.


sumpah aku tak reti guna.
aku cuit orang terdekat.
boleh tolong ajar saya?
dia senyum.
bukan sinis tapi manis.


nah. senang gila. dan sekarang aku dah pandai. kata orang malu bertanya sesat jalan. dan lepas kejadian tu aku ada ternampak pakcik tua baju comot tenung lama mesin token tersebut. aku tegur dia dengan penuh hormat.


boleh saya tolong pakcik?
dia senyum segan.
terima kasih nak.
sama sama :)


boleh aku sambung cerita lambat tadi tak? silakan. okay terima kasih. ye saya selalu bicara dan jawab sendiri. hambar.


nasiblah sampai sampai atas train terus sampai depan hidung aku. sebab aku dah hebat meneka. area mana paling syok duduk, area mana pintu train akan terbuka, area mana aku akan turun dekat escalator yang sepatutnya. area mana jalan paling mudah bagi aku. sebab hari hari aku buat benda sama. dan aku tak pernah bosan. sebab aku suka hidup yang sekarang ni. dengan adanya orang baik disekeliling aku, yang bukannya plastik dan cilaka seperti dulu. aku benci dia. tolong berambus dari fikiran aku. kau semak tahu.


kadang aku lupa sediakan sedikit masa untuk diri aku sendiri. isnin hingga ahad aku sibuk. dengan kerja lagi, dengan double'd lagi. dengan customer yang macam macam ragam lagi. customer double'd dan customer syarikat hartanah aku. dengan nak buat kerja rumah lagi, dengan nak kira duit keluar masuk lagi. dengan banker yang dok push suruh buat kerja cepat lagi. ah banyak lah. kehidupan kan. tak buat kerja bosan pulak nanti.


panjang aku cerita bukan. nah sekarang aku lega.
terima kasih sudi baca kisah hari hari aku.
harus tahu satu, penat atau tidak kehidupan aku, aku masih akan terus disini. sebab bila berada di alam sini aku rasa seolah sentiasa ada kamu.




6 comments:

syAzAnA said...

takpe. nanti pegi street dance movie, menari puas2 ek. kikikiki

nina ibunga said...

"malang memang tak berbau macam kentut rahman syah ". ayat yg kelaka..hahah

AmALiNa aFIqAh said...

wahh. suka lah dapat tempat keje dekat dengan si dia. kami ni tak tau la kena campak dekat mana nanti. berserah je la yang mampu. huhu

Zulfahmi Abidin said...

Meleleh air mataku jangan. Tersengeh simpul menghias raut wajah tua jejaka kacak class pertengahan. Entry mu berbunga madah rupawan. Tentang rasa di hari mu puan. .

azLinda husin said...
This comment has been removed by the author.
azLinda husin said...

madah yg cukup indah sehinggakan aku trsenyum seorang diri:-)