Thursday, 8 March 2012

Terkadang kita lupa.

.

Terkadang kita lupa dimana letaknya hati. terkadang kita lupa kita terlanjur memendam rasa. terkadang kita sendiri keliru dengan segala perasaan kita. terkadang kita rasa seolah tidak pernah puas dengan segala perasaan diberi. terkadang kita rasa kita betul pada hakikat benarnya kita terlalu salah.


awak tahu kan awak selalu dalam hati saya. awak sedar kan macamana saya layan awak. walaupun saya tak adalah nak hubungi awak setiapa masa, walaupun kita tidak lah seromantik mana, awak tahu kan hati saya macamana. maaf sekiranya diri ini terlupa untuk memahami hati awak. kerana saya sedar, kadangnya saya ini terlalu menyakitkan. terlalu ego untuk mengaku kesalahan diri. meninggi suara tanpa sedar. tanpa niat tersimpan dihati.


depan depan awak lihat saya senyum. sebab saya pun suka ingin lihat awak senyum. saya suka post gambar dekat laman muka buku. sana awak lihat saya senyum jugak, sebab bila saya senyum saya rasa saya lawa. kononnya. dan makanya setiap kali kamera dihadapkan dimuka, saya tersenyum. jap. awak rasa selamanya ke saya macam tu? onggilo je macam tu. senyum sepanjang masa. saya belum jadi onggilo lagi. kawan rumah selalu nampak mata saya merah. hati saya serupa tisu. mudah koyak. terukkan. tapi nak buat macamana. saya sendiri pun tak pandai macamana nak tukar tisu itu menjadi kertas apatah lagi besi. pabila kawan rumah tanya kenapa, saya cuba tipu gelak2. katanya tak ada apa, habuk tersesat tapi hakikat? saya senyum lagi sebab saya rasa saya akan jadi lawa walaupun mata merah muka merah hidung merah ah semua merah.


okay dah lah. terima kasih


ye. terima kasih. kerana apa? kerana baca tulisan ini hingga ke akhir. apa awak dapat? hati. ya saya banyak main hati. esok hari sabtu. hari cuti. dan saya? ah tak dapat janji. mungkin tidur sepanjang hari atau mungkin berjalan tanpa henti sepanjang hari. saat ini tak ada apa lagi yang perlu dirancang lagi. cukup dulu saya berharap. sekarang tak lagi. sebab saya terlalu kasihan dengan hati saya yang selalu dihampakan. itu kisah dulu. mana ada nak ingat pun. manede. takde takde. memang saya dah lama nak tanam gali sedalam yang boleh. simpan molek2 bawah sana tanpa tahu keadaan dia bagaimana tapi malangnya saya tak punya cangkul.

:')


6 comments:

DAYG ♥ said...

amboii kata-kataa. ^___^

azLinda husin said...

be patient yana:-)

Anonymous said...

be patient:-)

nuruashia said...

kata2 itu sgttt indah ^^

Love hurt aeNnn said...

tak senyum pown kat gambar tue. hihi :)

snf said...

sabar lah kerana Allah bersama org yg sabar:-) namun haruslah senyum.kerana itu sedekah:-)