Monday, 23 April 2012

Bahagia.

.


Ramai tanya kenapa sekarang aku semakin kurang disini. rindu aku kata dia. aku senyum melebar bila ditanya sedemikian, sebab aku rasa seolah mereka terlalu setia. em kita sibuk lah awak. ceh konon macam ramai sangat lah yang tanya padahalnya baru dua tiga ketul manusia je pun. kita kan memang jenis over sikit kadang-kadang. cuba nak bendung perasaan over takabur riak sombong ni semua tapi kadang-kadang dia terkeluar sendiri. amboi banyak betul perangai buruk dia ni kan.


banyak betul yang jadi sejak dua menjak ni dan kebanyakannya memang indah indah. haruslah indah, sebab kita yang coret hidup kita kan. andai kita rasa kita sentiasa dibenci dihina dimain perasaan dan sebagainya cari lah kebahagiaan lain. jangan termangu menung di tempat yang sama lama-lama. bosan lah. ai yang tengok ni pun dah bosan. yu tak bosan ke? jom sini ai bawak yu jalan-jalan.


disaat kita dilayan istimewa seperti dapat menunggang kuda percuma lama mana kita suka tapi hakikat benar orang lain terpaksa bayar RM50 untuk setiap satu jam penunggangan adalah sangat indah bukan. ye sebenarnya sengaja nak riak pada kalian yang aku dapat tunggang kuda percuma itu hari. sampai kejang kaki ni sebab terlalu riak. em em em padan muka kan. geram jugak lah masa tu sebab dia baru ajar sikit cara tunggangan lepas tu dia main biar je aku dengan kuda aku bersiar sana sini. amboi kemain ayat. KUDA AKU? kihkih.


engkau terlalu membabikan orang lain sesuka hati padahalnya orang itu terlalu taksub dengan hidup engkau. kenapa macam tu. engkau tahu tak aku sendiri pun dan makin takut takut nak masuk dalam ruang hidup engkau tu sekarang. sebab aku perasan engkau terlalu garang. aku yang manja ni tak suka orang yang garang-garang macam engkau. em tapi. kalau difikir balik aku pun geram juga kalau orang lain ambil barang aku tanpa izin.. macam dia ni. tak pernah berhenti berlakon jadi diri aku. aku tak ada pulak nak membabikan dia. aku diam je. engkau tahu kenapa? sebab dia dah block aku. kalau dia tak block aku, bukan setakat membabikan lagi, siamang kambing lembu unta semua keluar tau. ergh. stress!


engkau yang lain pergi percaya yang full tu aku kenapa? eee tumbuk karang.


lagi. aku ada dapat tiket wayang dari syazana. dia menang tapi aku yang dapat sebab adalah cerita sikit. cerita tentang itu ada dalam sini. aku pergi dengan kakak kesayangan yang tak berapa nak kakak sangat tu. insyaAllah lepas gaji kami cadang nak jumpa lagi. hey kalau dah kaki jalan tu, kaki jalan jugak. pantang diajak kemana saja. bukan apa, jejaka kacak ni tak habis-habis cakap aku ni jenis tak senang duduk, kaki jalan. mula dulu aku tak adalah sedar mana yang aku ni kaki jalan tapi bila baca blog tu aku jadi sedar diri. yang aku geramnya. aku sendiri tak dapat nak curi gambar sendiri dekat dalam blog tu. click kiri je ada tanda seru, click kiri je ada tanda seru. isk sakit pulak hati kita ni. sampai sekarang aku tak dapat semua gambar tu. dekut lah awak ni.


apalagi aku nak membebel ye. hurm sebenarnya aku bahagia. okay itu sahaja. aku tersangat-sangat bahagia sampai rasa terlalu ingat membahagiakan setiap satu orang disekeliling aku :)






Okay yang ini bukan muka bahagia aku. ini muka blur =,='

6 comments:

"AkuE" said...

untungnya dpt tunggang kuda free....tu lah bhgia sgt tu

Love hurt aeNnn said...

untung laaa dapat tunggang kuda free :)

npe tak letak gambar yana naek kuda.. hihi

Cik Cuada said...

Yeah Update pon! :)) Keep writing sis

AmALiNa aFIqAh said...

wahhh. dah pandai berkuda yep? hehe. nak tgk gmbr berkudaa. hoho

DAYG ♥ said...

waahhh, untung la yana bahagia :) btw im happy for youu <3

Anonymous said...

tekan ctrl and curse. dapat la gmbr yg nak diambik tu.