Monday, 9 April 2012

Katakan padanya.

.

tuhan katakan padanya aku rindu

tuhan katakan padanya aku sayang

tuhan katakan padanya hati ini semakin kuat untuknya

tuhan katakan padanya aku ingin bersama dia selamanya

awak tahu kan awak sentiasa ada dalam hati saya

awak tahu kan saya tak pernah pandai untuk singkir awak dalam hati saya

awak tahu kan saya jugak tak mampu nak buang rasa sayang ini dari hati saya

awak tahu kan saya memang tak mampu

kenapa perlu buang kan

sedangkan perasaan ingin bersama selamanya itu semakin kuat menggenggam jiwa

sering aku bertanya saat bila ia datang

sering aku keliru saat bila ia menjelma

sering aku ingin ia berterusan

sering aku mohon ia berkekalan

perlu awak tahu saya bukan lah seorang insan yang akan sentiasa buat awak tersenyum

saya juga bukan seorang yang sentiasa akan melengkapi diri awak

saya juga sememangnya secara tidak langsung akan sentiasa menyakiti awak

tapi awak harus tahu

awak harus tahu yang saya sedang cuba

saya cuba sehabis baik untuk menggembirakan awak

saya cuba habis baik untuk buat awak terlalu gilakan saya

saya cuba habis baik untuk tawan hati lelaki awak

sebab apa?

sebab saya tamak

saat ini sayang

saya terlalu takut

saya takut hilang awak kerana perasaan sayang ini terlalu kuat dalam hati saya

tapi saya tak pernah lupa

bila Tuhan sudah tulis jodoh

insyaAllah kita tidak akan kemana

jika Tuhan tulis sebaliknya

mungkin itu yang terbaik untuk hambanya

tapi sekurangnya kita cuba

kerana Tuhan maha memberi jika kita rajin berdoa

saya mahu hidup dengan awak sampai tiada nyawa

moga moga tuhan teguhkan hati kita

ya moga-moga

perlu juga awak tahu ini wahai si dia yang sudah terjumpa sepatu sindarela saya

awak harus tahu hati perempuan saya

yang calar akan pudar

yang sumbing masih boleh pakai

tapi yang pecah, sampai mati tak akan bercantum lagi


kepada perempuan perempuan diluar sana yang macam saya, sila jadi diri anda. persetankan kata mereka. kalau dia benar mahu kita, biarlah kita gemuk macam badak ke kita kurus macam orang somalia ke kita hitam macam bontot kuali ke, kita putih melepak macam penyanyi opera china ke, kita BERMISAI ke ;p , dia akan tetap mahukan kita. sebab hati kita ini layak untuk mereka yang menghargai je sebenarnya, kan?


dan perlu awak tahu

saat paling indah saya adalah

adalah dengan awak cinta.



.

10 comments:

DAYG ♥ said...

wahhh. cantikkkk kata-kata tuu. pandai yana susun ayatt. ehh suke laaa, nak copy simpan lam notes ;PP

btw semoga berkekalan korang berduaaa. amin amin amin ya rabb :)))

juicy X said...

BETOI!!!

juicy X said...

BETOIIII!!!

♥nurul♥ said...

nice:D

really love the words.<3

nina ibunga said...

akan ku katakan padanya. semoga dye mengerti. :)

FaiezahNajieza said...

u're rite dear .. buruk mcm mana pun kite,klu die btl2 sy,die akn trime .. sbb 2 wujudnye kekurangan.. die lah pelengkap kite..

Mimieesyeerro said...

suuwwwweeeett je :D

Neeya said...

sweetnya :) suka kata-kata ni . mohon copy boleh tak yana? please :(

yanayonet said...

thanks semua :) ye boleh my dear. boleh.

Alif said...

nice... tatkala cinta mu bersandarkan redhaNYA yg menginginkan rahmatNYA... ;)