Wednesday, 2 May 2012

Faham tak perasaan bila...




Faham tak perasaan bila kita cuba abaikan benda tu kemudian benda tu datang lagi bertalu-talu tanpa henti. pernah rasa tak kita seolah seperti seekor ikan comel rupawan tapi dikelilingi kucing kurap bengis kelaparan. apa dia kisah engkau itu cantik atau tidak? apa dia hairan engkau itu baik atau tidak? yang dia fikir, alangkan enaknya jika dia dapat baham engkau dengan rakusnya masuk ke dalam perut montel dia tu.


pernah rasa, bila kau terlalu sibuk dengan kerja seharian kau sampaikan lupa nak sarapan pagi lupa nak makan tengahari kemudian makhluk itu muncul dengan bersungguhnya untuk cuba sakitkan hati kau dengan edit semula gambar-gambar kau kemudian private message kau kononnya kau perangai macam gitu gini selalu perasan yang diri tu gitu gini dan kemudian kau hanya baca, senyum dan malas layan. yang ada dalam benak kepala kau adalah, engkau lapar.


pernah rasa?


pernah rasa, bila mana kau seronok gembira dengan hidup kau tapi kau rasa bersalah dengan hidup orang lain dan kadangkala rasa kosong dengan kegembiraan diberi.


terlalu banyak kita sabarkan
terlalu banyak kita pendamkan


aku tak tahu apa aku cerita untuk hari ini. aku tak tahu kenapa aku tanya kalian pernah rasa atau tidak. aku tah tahu kenapa aku buat entry tentang ini. aku cuma ingin menulis. tapi kau sedar tak sebenarnya aku tak ada kesimpulan pun dengan semua cerita aku.


kenapa kalau aku pernah rasa macam kau rasa yana?
kenapa kalau dia edit gambar macam tu yana?
kenapa kalau seronok tapi rasa kosong yana?
kenapa kalau engkau terlalu banyak sabar yana?
kenapa kalau engkau terlalu banyak pendam yana?


entah aku pun tak tahu kenapa.