Saturday, 19 May 2012

Pilih untuk diam.



Manis atau tajam bahasa mereka, aku pilih untuk terima.

aku juga pilih untuk diam.

aku jadi seorang pendiam yang berahsia.

aku simpan semua ucap yang terlalu ingin aku luahkan.

aku pendam setiap semua tingkah laku mereka yang mengguris aku.

aku sembunyi semua alasan yang biasa aku tegakkan.

mungkin apa yang diluah oleh mereka yang lain, diruang selesa mereka akan menampakkan diri aku terlampau hina jahat dan keji. kenapa aku berperangai terlalu kebudakan seperti itu. apa aku tak nampak kesan atas semua tindakan aku itu. aku sekarang tidak memilih untuk memberi seribu alasan.

biar aku hina dimata engkau.

biar aku jahat dimata engkau.

biar aku keji dimata engkau.

aku pilih untuk diam.

aku bosan mencadang gembira yang aku rasa sedangkan aku tidak lah gembira mana. sedangkan aku sentiasa dicemburui dan dibalas dengan perbuatan-perbuatan keji si pendengki pada sekelumat bahagia yang aku rasa.

bosan juga untuk menangis merintih terduduk dihujung penjuru sedangkan mereka menari disebalik kesedihan aku rasa.

aku bosan untuk terus kata engkau tak pernah rasa apa aku rasa.

tak perlu engkau salah kan diri. tak perlu engkau menghina diri. biarkan aku begini. tak pelu ambil kisah. tak perlu rasa susah. tak perlu berusaha untuk memulihkan semua. aku dianugerahkan dengan sifat cepat lupa. aku akan cepat lupa. mereka yang rapat amat mengetahuinya. buat apa yang engkau rasa patut buat. aku tak akan ingat.

tak perlu rasa sebak saat ini.

jangan tanya apa-apa lagi.

aku pilih untuk diam.

engkau boleh pergi.





Ini cuma sekelumat bahagia yang aku rasa.

5 comments:

yana lyana said...

comel...

sometimes memang diam lebih baik dari berkata2...

Ardini Izzati said...

Sabar, sis. Orang jeles laa tu.

NURUASHIA said...

why ni dear???
da lama yana tak story kkt nuru..ada maslah share je oke??
miss you dear <3

Pika Eugene said...

Suka belog ini. Follow! ^^

zulhilmi tempoyak said...

tumpang tnya. klu sy diam kejap tp nk komen kejap bleh..?? heee