Monday, 25 June 2012

Terjaga dari mimpi.




Terjaga dari mimpi membuatkan diri ini terasa hambar semula. alangkah indah jika mimpi itu adalah benar belaka. aku cuba untuk memejamkan mata semula untuk menyambung yang indah itu tapi sebenarnya aku tidak boleh. tidak semudah itu. menjeling ke arah jam bulat di dinding menyedarkan aku bahawa aku sepatutnya bangun lebih awal dari itu dan melupakan mimpi sebentar tadi. lantas aku berlari keanak-anakkan mencapai segala benda untuk menyegarkan diri dan bersiap untuk kerja.


yeah aku kena kerja.


seperti biasa di dalam lrt aku akan mencapai earphone hitam aku dan lekap di telinga untuk melupakan dunia luar dengan masuk ke dalam dunia musik aku. malangnya aku lupa aku sudah pun tukar handphone baru. dan semua lagu aku lupa untuk masukkan ke dalam itu. hampa. aku masih seperti biasa tidak memandang mata siapa-siapa di dalam lrt. ya seperti biasa. aku bukan lah seorang yang sombong tapi aku tidaklah terlalu ramah untuk memula bicara. cukup sekadar senyum bila bertentang mata.


sementara menunggu lrt sampai ke destinasi aku teringat cerita malam. aku buka dashbord dan aku sedar masih banyak anonymous mengeluarkan nasihat dan pendapat masing-masing. aku senyum. dan aku teruskan untuk buka facebook pula. ada message dari mereka2 yang tidak aku kenali. aku baca satu persatu. kemudian aku biarkan sahaja. senyum kembali. terima kasih. itu sahaja aku boleh bicara dalam hati. aku capai buah pear dan lai kegemaran. aku potong dan gaul bersama sedikit garam. itu kegemaran. dan kemudian aku berborak dengan sahabat rumah sambil menonton television. kemudian tidur.


itu cerita malam.
lrt sampai destinasi.


pandangan aku tertumpu kepada satu anak gadis mungkin sebaya dengan aku. mungkin lah. dan mungkin tua sedikit setahun dua. manis. ayu dalam disetiap langkahnya. aku senyum. terlintas dalam kepala 'oh kalaulah aku seorang lelaki sudah lama aku mengorat dia. kenal hati dia.' hehehe kemudian aku tersengeh pula. gila. aku hampir tidak sedar kenapa dan bagaimana aku boleh terlintas semacam itu dalam kepala. aku lihat jam di handphone dan aku sedar aku sudah terlambat benar. aku lajukan setiap langkah perjalanan aku. disapa oleh mereka2 yang sama. aku senyum kembali kepada mereka. kemudian handphone aku berdering. tiada tersimpan namanya. 'hello....' aku tersenyum dalam kata. rupanya apa yang aku tunggu selama ini sudah ditunaikan. alhamdulillah. semoga perjalanan hidup aku akan bertukar dengan lebih baik selepas ini. terima kasih ya Allah. aku akan buat sehabis baik untuk kali ini.


jangan pernah menyuruh aku untuk berhenti menulis. tak boleh. aku akan sentiasa disini walaupun dihina dicaci dan dipertikai dalam setiap penulisan. pesen yang tak makan dek caci itu adalah aku. seronok rasanya buat kali ke dua aku pergi berjalan di aquria. juga saat ketika ini aku masih teruja untuk bersiapkan diri untuk melancong 3 hari 2 malam di redang. yeay redang tunggu kami ya. akan ada banyak lagi tempat aku pergi, insyaAllah.


semalam aku lihat langit. terpegun melihat bintang. sudah agak lama aku tidak memerhati bintang. aku terlupa bertapa indahnya dia.






dan kemudian semalam aku crop gambar dan paste disini. konon-konon feeling duduk oversea la kan. oh tak mengapa aku suka.





5 comments:

Nurfarhana Muralysm said...

Semoga mimpi indah terus temani yana. :)Good luck.

isha said...

yana guna softwae ape crop.. x mcm crop pom.. hee... smooth jea..

Cik Tyra Lee said...

wah.. lawa la gambar tu.. :D

zulhilmi tempoyak said...

Erk.. Ni novel ke..??

NURUASHIA said...

wawhhhh..cntekkklaaa yana gmbr tuuuu..i loike <3