Friday, 20 July 2012

Trip ke Pulau Redang : Gopoh.



Nak tahu?
ada orang redang suka saya.

*senyum*

eh mana boleh cakap pasal cinta dekat sini.
mak tak bagi.
mak suruh hati-hati dan pandai-pandai cari cinta. jangan gopoh.
kalau dulu mak redha dengan pilihan aku kalini tak lagi. mak macam nak masuk campur.
emm abaikanlah. i love you ibu.


sekarang aku dekat office. kerja banyak. ah dekat sini kerja memang tak pernah habis. aku suka sini sebab bos tak pernah bagi peluang aku untuk bosan. tapi sekarang bos tak ada. dan kemudian sekarang mood menulis aku dah datang. aku ketepikan semua. adalah satu dua tiga orang pm aku suruh aku sambung cerita redang. tapi masa tu aku cakap ah nanti-nantilah. sebab aku sibuk-yang-ter-amat-sangat.


aku nak bawak kalian masuk ke dalam hari selasa aku. hari selasa tu aku agak tegang perasaan jugak lah. masa tu jam 7 malam dan aku masih dekat office sedangkan bas aku ke kuala terengganu jam 10.30 malam. paling best masa tu aku tak pack satu barang pun lagi. dah lah tak pack, lepastu satu list pun aku tak buat. kalau tertinggal barang memang aku padankan je muka aku masa tu.


sampai-sampai rumah aku terus kelam kabut tahap dewa.
capai barang ni, campak dalam beg.
capai barang tu, campak dalam beg.
selekeh kan? ah lantak.


lepas habis aku campak semua, aku berborak sekejap dengan hosmet. hehehehe. sukahati akulah. tapi aku takdelah macam si nadira dalam dejavu di kinabalu tu. sepanjang masa nak terlepas flight. aku borak dengan hosmet sambil siap-siap. lepas siap dan aku tengok masa tu macam ada masa lebih aku terus duduk depan beg.


tenung beg. geleng kepala. senyum.
aku punggah semua barang lepastu susun semula molek molek.
oh aku memang macam ni. selalu sangat macam ni.


okay malas nak cerita banyak. yang tadi tu baru mukadimah. tudiaaa panjang betul mukadimah aku kan. see? untuk cerita yang beberapa jam pun aku dah tulis macam tu so macamana aku nak tulis cerita tentang 4 hari dalam satu entry? memang tak la kan. okay untuk pengetahuan kalian, tiket bas dari kuala lumpur (station putra) ke kuala terengganu RM40. itu untuk pergi sahaja. so untuk pergi balik harga dia dalam RM80. aku pilih bas sani sebab sani kan super selesa. dan aku pilih seat atas. alhamdulillah driver tak bawak laju. aku benci driver bas yang bawak laju. rasa nak ketuk je kepala dia.


pakai headphone. pasang lagu. main twitter. tidur.
aku tidur sepanjang perjalanan. 6 jam okay, 6 jam.
aku ni memang hebat kalau bab2 tidur dalam bas ni. hikhik.


tepat jam 5 pagi aku sampai kuala terengganu. 5 pagi okay! mengantuk gila masa tu. aku dengan kina berdua je masa tu. geng-geng aku yang dari singapore tak sampai lagi. so kitorang kena tunggu. tunggu punya tunggu rupanya dah jam 7 pagi. nak dijadikan cerita, masa nak solat subuh dekat terminal kuala terengganu tu ada seorang gadis tegur aku.


gadis terengganu : awak ni yana kan?
aku : *ternganga* hah awak kenal saya?
gadis terengganu : awak ada blog kan?


inilah dinamakan persoalan yang dijawab dengan persoalan juga.
okay lah nanti aku sambung lagi.
babai :)





aku pilih pakaian garang sepanjang perjalanan dari kuala lumpur ke kuala terengganu ke jeti shahbandar dan terus ke lagoon redang resort.







7 comments:

Love hurt aeNnn said...

yana, nanti cite lahh bajet g sana berapa.. tawtawtaw. teringin nak pegi.. hehe. :)

Hazwan Kamarudin said...

nanananana..ganu kiterrr...

Hazwan Kamarudin said...

nanananana..ganu kiterr...

nabila azmi said...

slm rmdhn yana=)=)...

untung dpt jln2 nih...lagi2 ngn kawan2 yg sekepla=)

feez said...

Pulau redang (erm, bukan pulau pandan ke? Hihi :) ) jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Itu pantun cliche...
Lama dulu dah jadi halwa telinga

Pen merah pen biru
Mak marah i luv u

Pun juga pantun cliche haha....
Ada pengisian dlm keduanya
Betapa sulitnya lidah berterus terang
Betapa indahnya madah dikias dan lidah dialas agar sopan tutur yg terbit
Entry yg segar dan menenangkan kali ini trip ke redang
Haih, senyum baca dan menghilangkan kedut di dahi dan stress membaca entry kisah
Doraemon tak dapat makan dorayaki
Nobita kena ragging dengan Giant
Kisah yana yg comel gaduh dgn bf si RS...huhuk
Cacian, herdikan segala....
Sian yana..rasa nk belai2 si comel dan babab orang yg buat yana tu huh..

Kuat tau yana, be strong...

Menulislah yana dan terus tersenyum,
Salam ramadhan al mubarak

-feez-

iezzaidaffi said...

ahaha..gadis tak berapa terengganu tu gopoh mcm yana jugak..kejar bas takut terlepas..tak sempat nak ambik gambar same..haha
btw,nice 2 meet you!=))

iezzaidaffi said...
This comment has been removed by the author.