Monday, 16 July 2012

Trip ke Pulau Redang : Wakenababe



Gambar buat kita rindu. bila teringat je aku mesti senyum, lepastu aku tengok gambar, lepastu sambung senyum semula. indah sangat. aku teringat satu kejadian yang buat seribu satu perasaan aku bercampur dalam satu masa iaitu geram, sakit hati, malu, rasa nak pukul orang, sedih, dan kelakar. ini cerita malam. sebelum sampai pulau lagi kitorang berempat dah pun decide untuk pakai dress masa malam BBQ. trip kali ni 4 orang je yang ikut, dua dari kuala lumpur dan dua lagi dari singapore. aku dengan kina dari KL, kak dila dengan kak mas dari singapore. kakak berdua tu memang baik gila seyh. okay aku baru tau yang orang singapore memang dikenali dengan 'SEYH' mereka dekat hujung ayat.


Sebelum berBBQ gadis 4 orang ni ikut seorang yang dikenali untuk panjat satu batu tinggi. rasa macam onggile jugak la kan bila dah pakai dress lawa-lawa lepastu pergi panjat batu tinggi tu. tapi atas sebab suka amalkan sikap ‘kenapa tidak’ kitorang terus lantakkan je pakaian apa yang sedang kitorang pakai dan terus panjat batu-batu tinggi tu. bila dah sampai atas memang terasa kepuasan dia. dari atas kita boleh nampak permandangan pulau redang. subhanallah indah sangat.


Kitorang melepak bergambar dekat atas sana sampai malam tiba. bila dah gelap sikit kitorang berlima pun turun dari batu tinggi tu dan bersiap-siap untuk berBBQ. oleh sebab aku tak makan seafood makanya aku pilih ikan dengan ayam je untuk menu malam tu. nasi dan mee tidak dikecualikan. salah satu yang best dekat redang ni adalah makanan dia. semua lazat-lazat wa cakap sama lu. lepas habis main bakar bakar ayam ikan udang dan sambil bergambar sakan kitorang pun makan. sedap sangat yummy. borak punya borak lepastu abang yus, tour guide datang dekat kitorang dan dia suruh makan cepat-cepat sebab dia nak tunjuk satu adegan. tudia kemain ayat aku kan. adegan gitu. abang yus nak tunjuk adegan penyu bertelur depan mata. aku memang teruja habis lah kan. selalu tengok dalam tv je pun. bukan senang dapat tengok penyu bertelur. lepastu masing-masing makan lau-laju. gigih jalan laju dari hujung resort ke hujung resort yang lain. jauh jugak la kitorang menapak.



Pantai memang gelap sangat masa tu. kitorang berempat jalan laju gila sebab masa tu dah kena tinggal dengan tour guide. jalan laju sambil teruja tersengeh-sengeh. cuba engko bayangkan perasaan aku masa tu, cuba bayangkan. lepastu tiba-tiba aku nampak samar-samar kelibat ramai orang dekat satu tempat. lagi aku cepatkan langkah kaki aku. dan perasaan teruja tu makin lama makin hebat. aku nampak penyu, besar memang besar. lepastu kan, ah sedih tau. tiba-tiba aku dengar orang gelak. aku dan yang lain dah rasa lain macam. rupanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa itu penyu pasir okay. bukan penyu betul. geram sangat masa tu. rasa macam nak sumpah diorang semua tu jadi peti ais je tau. terkekeh2 diorang gelak sebab dapat kenakan kitorang. malunya ya Allah. tour guide memang lawak orangnya. dia punya muka, suara, ketinggian, perangai memang macam nabil rajalawak tu. hampa gila rasa. Eeeeeeeeeeee! tapi bila ingat semua tu balik memang aku tergelak sendiri tau. macam sekarang ni. *senyum* lepastu untuk memujuk hati kami yang tengah sakit ni diorang bawak aku dengan yang lain tengok penyu betul2 depan mata. siap boleh pegang lagi. terima kasih kalian.



Lepas puas main-main dengan penyu dan bergambar segala, kitorang pergi karaoke pulak. bayangkan satu bilik karaoke yang sepatutnya kena bayar rm150 per jam tapi kitorang hanya bayar rm30 per jam. awesome kan? 



Habis karaoke kita ramai-ramai duduk berborak dekat bamboo hut. masa tu indah sangat. dengan angin laut yang sepoi sepoi bahasa, dengan langit yang penuh ditaburi bintang, dengan udara laut yang segar, dengan dikelilingi mereka yang menghiburkan hati lagi, seronok betul. dia punya perasaan tak dapat digambarkan dengan kata-kata. tenang aku duduk sana. rasa macam nak duduk lama. tapi tak boleh, masing-masing ada tanggungjawab dan dah pun kerja. sumpah banyak gila aku nak cerita. tapi aku sekarang dekat office. nak sambung kerja. nanti aku sambung  cerita lagi okay? dari hari pertama sampai hari akhir dekat sana. best sangat tau! hehe chaw dulu, adios amigos!




















4 comments:

NURUASHIA said...

wawhhh...syokkkk kn :)

sakinah sidik said...

Our sweet memories in redang island. ;) ♡

nabila azmi said...

seronok2=)

feez said...

Yana,

Hari ini 25 julai 12 sy terjumpa blog yanayonet ni..
Yanayonet? Kufikirkan apakah...kenapakah..
Rupanya blog kisah hidup seorang gadis comel dan cantik dimata saya ini..
Seronok juga baca kisah hidup org yea...mcm yana bercerita depan sy rasanya bila membaca entry yana.
Cemburu? Huhu boleh timbul dlm diri bila tgk yana dgn bf....haha..

Menulislah yana dan terus tersenyum..

Ikhlas,

-feez-