Thursday, 16 August 2012

Bohong.


terima kasih Tuhan kerana tak biar aku bodoh lagi.





Jika hati itu berniat untuk berkata bohong padaku, aku rela dilupakan akan kehadiran ini selamanya wahai engkau. pergilah. selama ini aku percaya engkau. kalian yang lain selalu berpesan, jangan mudah percaya orang. aku degil. sentiasa nampak mereka sekeliling terlalu baik pada aku. rupanya talam semata. kecewa sungguh rasanya. menangis aku mendengar kata benar yang sebenarnya dusta itu. juga aku hampir kehilangan kesayangan-kesayangan aku. aku tak tahu nak kata apa lagi. jika aku punya kuasa untuk melenyapkan manusia, aku pilih engkau orang pertama lenyap dari dunia. sudahlah. jangan berkata lagi. sila jangan datang lagi.

awak dan bohong awak tu boleh pergi.





6 comments:

Arifah Rahim said...

be strong kak yana. :)

nabila azmi said...

ee..sape yg bohong kat yana bulan ramadhan ni.....babab kang..

feez said...

*Kamu Selalu Ada*

Fuuh entry kamu kali ini marah benar bunyinya
Ya kepada gerangan empunya
Mengapa dusta itu menjadi mainan kata
Kasihan yana
Kerana terlalu percaya
Simanis itu hampir terlupa
Dirinya diperolokkan adanya
Pergi kamu nyah dari dunia
Kasihan kamu yana, be strong ya

Sudah beberapa hari kamu tiada
Mundar mandir aku menantimu tak kunjung tiba
Sunyi aku tanpa berita


*gambar stesen keretapi yang kosong tanpa kamu, sunyi*


Mungkin syawal yang tak berapa hari lagi kamu sibuk ya
Membeli belah buat persiapan diri, kuih tunjuk, tudung leopard baru dan kelengkapan raya seadanya
Bersedia untuk pulang ke desa tercinta
Atau mungkin juga kamu sudah pulang ke pangkuan ayah bonda

Hampir saja setiap kali tablet ini kubuka
Laman segarmu pasti kulawat kerana segarnya
Membaca ruang lingkup hatimu kisah tawa duka
Menatap tempelan fotogenikmu yang cantik ceria
Atau sentuhan artistik patung kotak bernyawa
Walau terkadang ada cerita hiba
Aku bangga kau sentiada kuat, tabah dan ceria
Aku mahu kamu begitu ya, sentiasa

Aku ini bukan siapa-siapa
Kuhanya insan biasa diantara beribu yang tiba
Manusia bermacam ragam dan tingkahnya
Lawanlah yana, rempuh semua itu yana
Asalkan kau bahagia aku tumpang gembira
Aku rela diterajang, dibuang dan hilang kerana
Bukan semua yang suka ku berkata-kata
Atau mungkin juga ada yang anggap aku gila
Uuuhh itu amat sedihnya

Sebelum kamu pulang ke desa
Sebelum laman ini tidak kamu buka dan meninggalkan kami yang setia
Kuingin momohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau terlepas kata
Semoga ceria dan bahagia berhari raya
Lupakan sebentar segala duka
Gembiranya kami bila kamu bahagia
Doa kami sentiasa bersama kamu walau kami ini bukan siapa-siapa


Ku ingin kamu selalu ada


*gambar stesen keretapi yang kosong tadi tapi kali ini kamu ada dengan kamu berposing manja dan tersenyum manis*


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT YANAYONETKU



Kuingin kamu selalu ada, senyumlah dan teruskan menulis,

-feez-





Seri Ayu said...

takkan pernah manusia sesama manusia itu berbaik selagi ade iri dan dengki dalam hati.

biarkan yang menyakitkan itu dalam dunia sendiri.

keep move on, cik yana. be strong :)

Anonymous said...

salam yana..sory ganggu...has nak minta izin nak guna gambar ni http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2552188446475&set=a.1971694054478.2117281.1306815426&type=1&comment_id=2992401&ref=notif&notif_t=photo_reply&theater untuk asgment has blh x? has ada tya rahman, pas 2 dia suh tya yana...has xjmp plak fb yana so terpaksa tya kat sni...blh x?

yanayonet said...

okay dear :)