Sunday, 12 August 2012

Itu perkara biasa




Kita kata lain orang fikir lain
itu biasa


kita teringat individu lain orang fikir kita ingat individu yang lain
itu biasa


kita hanya niat meluah orang fikir kita meminta simpati
itu biasa


kita bahagia orang fikir kita sedang merana
itu biasa


kita setia selagi dihargai orang fikir kita si pendusta terhebat
itu biasa


kita niat bersahabat baik orang fikir kita bercinta
itu biasa


senyum lah jiwa. jika hendak difikirkan tentang kata orang pada kita sampai bila-bila pun tidak akan habis. bukan dipekakkan. dengar semua. ambil yang baik buang yang tidak. kemudian senyum kembali. mudah rasanya. jika menyampah disini apa kata kau buka web lain bukan web yang ini. atau lebih baik kau keluar rumah dah bermain. aku ingin menyendiri. boleh tak kau cuba walau sekali untuk cuba sehabis baik agar tidak kelihatan kurang pandai? some people just look more stupid when they open their mouth.


sejujurnya aku bukan lupa apa yang aku buat pada kau, aku cuma sentiasa teringat apa yang kau dah buat pada aku.



3 comments:

feez said...

Terima kasih yana,
Sekali lagi komenku disiar tanda ku diterima
Walau ku dikecam hebat diluar sana... :)

Tahniah dan syabas, entry 'itu perkara biasa' ini kamu lebih kuat yana
Tabah walaupun ku tak pasti adakah kelopak matamu bergenang lagi

Hidup kamu jalani yang membaca disini rasai
Anggaplah semua itu perkara biasa
Pesan ibuku
Mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia pun lama-lama dia dah jenuh berbuih dia diamlah
Sabar lah yana kamu kecil comel tapi jiwa kamu besar dan gagah

Kita niat berkawan janganlah disalahertikan
Kawan yang baik kawan yang memberi teguran
Ampun maaf rakan dan taulan
Jika komentar hamba tuan gusarkan

Ini rumah yana
Berilah salam ketuklah pintu mungkin dia tertidur keletihan
Jangan kamu ingin masuk berkasut disini bukan tempatnya
Ini tempat lepak baring yana...kotor nanti

Yana ada kupu-kupu besar masuk tadi
Tanda ada orang mahu ziarah lagi :)



Selamat berbuka, senyum selalu dan teruskan menulis,

-feez-

belog|amiyo said...

mendalam...

nabila azmi said...

betul....stuju..

sbb tu kene bersngka baik=)