Thursday, 9 August 2012

Peduli.




Jika dikenang tentang mereka yang peduli
ada banyak. memang terlalu banyak


mungkin sudah menjadi lumrah seorang manusia
bahagia yang dia ada mudah dilupakan
sedangkan hina maki aib yang jarang diterima
akan sentiasa diingat setiap masa saat dan ketika


sedang aku bersedih, akan ada sahaja peri-peri manis menghampiri
memberi kata semangat, memberi kata manis supaya aku tersenyum kembali
mereka baik


terima kasih peri-peri kesayangan
tiada apa yang mampu aku balas
aku hanya berdoa supaya kalian temui bahagia kalian satu hari nanti


kita sama
sentiasa diuji tuhan
cuma jenis ujian itu sahaja yang tidak sama


walaupun aku seringkali ditemani oleh peri-peri yang baik seperti kalian
yang sentiasa pinjamkan bahu untuk aku
yang sentiasa lapkan air mata aku
yang sentiasa bawa aku menuju bahagia aku


aku sering rasa ujian tuhan tidak adil untuk aku
kenapa aku sering diuji lebih
terukkan aku


*pause*


pada saat aku jatuh
aku ingat kata mereka
kata mereka ada hikmah dalam setiap kejadian
makanya aku muhasabah diri
ya betul. ada hikmah


setiap airmata akan dibalas bahagia
jika bukan sekarang. satu hari nanti
itu aku pasti


mungkin ada segelintir mereka yang serupa tahi
mereka busuk
sekali kamu buat tahi apa aku
selamanya aku ingat
dan aku cuba jauh dari kamu


andai ada perasan aku cuba jauh dari kamu
aku sengaja, bukan tidak
kerana aku tak hingin manusia perangai tahi seperti kamu
dekat aku


pergi


terima kasih peri-peri kesayanganku yang masih peduli tentang wujudnya aku
kasih aku padamu tiada hujung
gapai tangan ini mari
mari bahagia bersama




aku berselendang belit berwarna kuning yang terlalu cintakan corak leopard dalam setiap jenis pakaian bersama dengan secebis peri manis yang wujud dalam dunia aku.


aku suka dia




2 comments:

nuruashia said...

huhu..tersirat sungguh kata2 yana.. be strong yeah..nuru taw yana kuat..yana kn 'leopard' ehhehe :)

feez said...

Entry berjudul peduli ni sambungan komen saya yang lepas kan, kan yana kan ;p (perasan),

Peri-peri tanpa sayap atau panah arjuna ini sering malah acapkali mahu melawat ke laman segarmu ini
Saban hari lewat pagi atau petang
Jiwa melonjak berontak lanjur ke laman ini
Ah kecewa tiada entry baru
Hati kupujuk kesian yana mungkin dia sibuk dengan tugasannya

Bila dikejutkan pengumuman, pengumuman
Jepun telah menyerang tanah melayu! Hehe bukan itu gurauan saja
Pengumuman dalam fb yana post 'ada entry baru'
Terus saja jari menekan ikon bookmark YANAYONET yang dibelakang namanya simbol "/
Membaca luahan objeksi hati lontaran yana
Suka, duka, ceria atau gundah gulananya dia

Kami atau lebih nakal sebenarnya aku,
Sayangkan kamu nak kubelai ku hanya semut kerdil
Ku hanya rayap di sandalmu saja silap haribulan ku disepak, terpijak lenyek!

Entrymu segar dari jiwa yang mekar dengan melihat ayunya, comelnya kamu umpama minum air sedap yang tak puas-puas kerna dahaga
Seolah kamu berada di depanku

Peduli benar....ya amat peduli padamu
Sama-sama ku balas ucapan terima kasihmu itu

Satu saja, kamu mesti kuat dan jangan sedih-sedih ya ada ramai yang menyokong kamu termasuklah semut kerdil di sandalmu ini :)

Senyumlah dan teruskan menulis yanaku,

-feez-