Thursday, 13 December 2012

Cuma memahami.



Semalam aku cuba memahami hidup. semalam aku faham bahawa kita perlu waktu yang lama untuk memahami hidup. perlu banyak kejadian dalam hidup. perlu banyak air mata, keringat, darah untuk memahami banyak tentang hidup. tapi aku agak kurang faham kenapa kita perlu wujud perasaan iri terhadap kebahagiaan orang lain dan perlu wujud sikap terlalu terburu-buru menghakimi hidup. 


Setiap kita rupanya wujud dengan cara berbeza. terkadang, dua orang yang pada awalnya berjalan beriringan pun akhirnya akan memilih jalan mereka masing-masing.


Pendapat aku, bukan semua benda kita kena cerita dan tak semua benda orang patut tahu. tapi aku ni kadang masalah jugak. sebab aku pesen terlalu suka berahsia. niat aku cuma tak mahu menyakiti. aku cuba sedaya upaya untuk menjaga hati sekeliling walau aku tahu biasanya aku sendiri akan tanggung sakit sendiri. tapi aku sedar aku cuma manusia biasa yang tak lari dari melakukan salah, yang mana aku tanpa sedar akan menyakiti yang lain. dan mereka sentiasa bersabar dengan sikap degilnya aku. 


Itulah sebab orang kata disebalik kekurangan satu sama lain, wujudnya perkongsian. dan itu membuatkan kita sama. Aku percaya Allah adalah sebaik-baik pengatur. hikmah pasti ada di hujung lorong ujian. cuma, kita selalu kurang sabar. terutama aku. belum sampai hujung jalan, sudah berputus asa. jadi aku fikir....


kalau macam ni lah perilaku macamana mahu sampai kepada hikmahnya?





Gambar aku yang terbaru dan masih dengan perangai lama, suka senyum depan kamera.