Thursday, 16 August 2012

Bohong.


terima kasih Tuhan kerana tak biar aku bodoh lagi.





Jika hati itu berniat untuk berkata bohong padaku, aku rela dilupakan akan kehadiran ini selamanya wahai engkau. pergilah. selama ini aku percaya engkau. kalian yang lain selalu berpesan, jangan mudah percaya orang. aku degil. sentiasa nampak mereka sekeliling terlalu baik pada aku. rupanya talam semata. kecewa sungguh rasanya. menangis aku mendengar kata benar yang sebenarnya dusta itu. juga aku hampir kehilangan kesayangan-kesayangan aku. aku tak tahu nak kata apa lagi. jika aku punya kuasa untuk melenyapkan manusia, aku pilih engkau orang pertama lenyap dari dunia. sudahlah. jangan berkata lagi. sila jangan datang lagi.

awak dan bohong awak tu boleh pergi.





Sunday, 12 August 2012

Itu perkara biasa




Kita kata lain orang fikir lain
itu biasa


kita teringat individu lain orang fikir kita ingat individu yang lain
itu biasa


kita hanya niat meluah orang fikir kita meminta simpati
itu biasa


kita bahagia orang fikir kita sedang merana
itu biasa


kita setia selagi dihargai orang fikir kita si pendusta terhebat
itu biasa


kita niat bersahabat baik orang fikir kita bercinta
itu biasa


senyum lah jiwa. jika hendak difikirkan tentang kata orang pada kita sampai bila-bila pun tidak akan habis. bukan dipekakkan. dengar semua. ambil yang baik buang yang tidak. kemudian senyum kembali. mudah rasanya. jika menyampah disini apa kata kau buka web lain bukan web yang ini. atau lebih baik kau keluar rumah dah bermain. aku ingin menyendiri. boleh tak kau cuba walau sekali untuk cuba sehabis baik agar tidak kelihatan kurang pandai? some people just look more stupid when they open their mouth.


sejujurnya aku bukan lupa apa yang aku buat pada kau, aku cuma sentiasa teringat apa yang kau dah buat pada aku.



Friday, 10 August 2012

Dalam ingatan.




Kau punya aku. aku pula ada kamu


bahagia

kejutan-kejutan

tulisan di tangan

sudikah keluar bersama

hajat baling syiling

kad raya istimewa

perasaan dijaga

perasaan dihargai

puisi cinta


sentiasa buat diri ini tersenyum sendiri


dulu dan kini tak sama. terlalu bercerita juga tidak bagus. sedar juga akhirnya. akan ada sahaja mereka yang senyum manis bertopengkan syaitan durjana untuk menyakitkan hati jiwa yang lemah ini. tidak mengapa jiwa. telan lah selagi boleh. asalkan aku punya bahagia untuk diri untuk orang sekeliling untuk istimewa untuk dikenang dan untuk dibawa mati


beza antara manusia dengan tenuk adalah, tenuk tak kata belakang tenuk lain.




Anonymous



Cakap lah selagi boleh anonymous

saya malas peduli

kbai





Thursday, 9 August 2012

Peduli.




Jika dikenang tentang mereka yang peduli
ada banyak. memang terlalu banyak


mungkin sudah menjadi lumrah seorang manusia
bahagia yang dia ada mudah dilupakan
sedangkan hina maki aib yang jarang diterima
akan sentiasa diingat setiap masa saat dan ketika


sedang aku bersedih, akan ada sahaja peri-peri manis menghampiri
memberi kata semangat, memberi kata manis supaya aku tersenyum kembali
mereka baik


terima kasih peri-peri kesayangan
tiada apa yang mampu aku balas
aku hanya berdoa supaya kalian temui bahagia kalian satu hari nanti


kita sama
sentiasa diuji tuhan
cuma jenis ujian itu sahaja yang tidak sama


walaupun aku seringkali ditemani oleh peri-peri yang baik seperti kalian
yang sentiasa pinjamkan bahu untuk aku
yang sentiasa lapkan air mata aku
yang sentiasa bawa aku menuju bahagia aku


aku sering rasa ujian tuhan tidak adil untuk aku
kenapa aku sering diuji lebih
terukkan aku


*pause*


pada saat aku jatuh
aku ingat kata mereka
kata mereka ada hikmah dalam setiap kejadian
makanya aku muhasabah diri
ya betul. ada hikmah


setiap airmata akan dibalas bahagia
jika bukan sekarang. satu hari nanti
itu aku pasti


mungkin ada segelintir mereka yang serupa tahi
mereka busuk
sekali kamu buat tahi apa aku
selamanya aku ingat
dan aku cuba jauh dari kamu


andai ada perasan aku cuba jauh dari kamu
aku sengaja, bukan tidak
kerana aku tak hingin manusia perangai tahi seperti kamu
dekat aku


pergi


terima kasih peri-peri kesayanganku yang masih peduli tentang wujudnya aku
kasih aku padamu tiada hujung
gapai tangan ini mari
mari bahagia bersama




aku berselendang belit berwarna kuning yang terlalu cintakan corak leopard dalam setiap jenis pakaian bersama dengan secebis peri manis yang wujud dalam dunia aku.


aku suka dia




Tuesday, 7 August 2012

Setiap kali.



bakar memori


Setiap kali terbayang wajah aku marah

setiap kali muncul nama aku benci

setiap kali terbayang ayat nafas aku turun naik

setiap kali


mimpi ngeri yang dicipta tidak pernah sekalipun hapus dari ingatan. sikit pun tidak


berambus

jangan dikenang walaupun cuma nama.



Thursday, 2 August 2012

Trip di Pulau Redang : Snorkeling


Siapa kata orang tak reti berenang tak boleh snorkeling? siapa kataaaaaaaa?
aku buleh ja. ceh sombong tapi hakikat? mereka yang ada dekat tempat kejadian je yang tahu.


kiranya pengalaman pertama kali masuk air dekat tengah-tengah laut tu memang pengalaman paling teruk aku penah rasa. kalau ada orang rakam keadaan aku masa tu, memang aku gantung diri sekarang jugak tau. punyalah segan T.T


pagi-pagi lagi aku dah tanya diorang tiga 'boleh tak kalau saye tengok je tak snorkeling sama?'
diorang punyalah marah kata aku lah manusia paling rugi dalam dunia sebab datang pulau tapi nak snorkeling bla bla bla. masa tu aku dah macam ayam berak kapur. aku dah la tak reti berenang. lepastu takut ketinggian lepastu takut kedalaman lepastu takut jerung lepastu takut kot kot ada obor-obor, lepastu takut.... ah semua benda nak takut lah senang kata.


lepastu boleh pulak masa tu perut aku memulas macam sengaja nak mainkan perasaan aku.
paham tak perasaan masa kita nervous yang teramat sangat lepas tu perut jadi macamana?
haaaaaaaaaaaa masa nak pergi snorkeling perut aku jadi macam tu lah.
tapi gagahkan diri jugak pakai life jacket, dan pakai semua alat snorkeling. 


teruja.





Dari kiri, Nuradila Zaid. aku panggil kak dila ataupun kak noi. kak dila ni baik orangnya. dia sekarang kerja dekat singapore. kak dila sepupu kepada kina. seorang yang sangat berani bagi aku sebab dia suka buat benda yang aku rasa aku tak berani pun nak buat, contohnya macam mencari jerung. dia jugak memang jenis suka berjalan sana sini. dah pergi korea dan banyak lagi. paling semangat antara kami berempat. dan kak dila layan dan jaga aku macam adik dia sendiri. sangat sangat sangat baik :)


Sebelah kak dila yang baju warna merah tu nama dia Diana Yusoff. dia ni jenis yang pantang diajak. tapi paling tak tolak kalau bab-bab ajak makan. dia memang kuat makan. tengok pipi lah babe. ramai bagi nama gelaran lepas tengok pipi dia contohnya si donut dan si pipi laici. dia sekarang sedang runsing dan sedang mencari alternatif untuk menguruskan pipi dia :/


Sebelah si baju merah tu Maslinda dan aku panggil kak mas. kak mas menetap di singapore. orangnya baik sangat-sangat. ada satu malam indah aku duduk berdua dengan kak mas. kami dua duduk depan pantai, kesejukan dengan angin pantai, sambil dengar bunyi ombak dan diterangi bulan yang indah, juga bintang yang banyak bertaburan di langit. kak mas luah cerita dia pada aku yang sememangnya aku tak akan cerita pada siapa. bila aku dengar cerita kak mas, aku dapat simpulkan yang dia seorang yang sangat tabah. kalau aku diuji macam dia aku tak tahu aku kuat macam dia atau tidak. kemudian aku pun cerita masalah aku pada dia. masalah yang besar bagi aku. tanpa sedar airmata aku mengalir. suara aku bergetar. aku tarik nafas, aku baring, aku tengok bintang. cuba senyum :)


aku ingat lagi suasana malam indah tu.
masih segar dalam ingatan aku.


Yang sebelah kanan sekali itu kina. nama diberi Sakinah Sidek. kina je yang aku kenal dalam trip kali ni. kenal kina pun dalam facebook. cantik orangnya. cemburu tengok kulit muka dia yang sentiasa bersih. 
nak dijadikan cerita aku join trip ni pun sebab aku cemburu tengok gambar2 kina pergi pulau. lepastu aku comment dia, aku cakap aku cemburu. lepastu dia ajak pergi redang. lepastu aku kata OKAY! lepastu terus jadi. haaaaaaaaaa gitula ceritanya. 




Yang pakai baju macam baju baru keluar penjara ni tuan punya belog. kelakar tau. aku pakai baju belang sepanjang snorkeling. cuaca memang agak panas. balik balik rumah aku tengok badan aku dah macam nyamuk. hitam putih hitam putih selubuh badan. gila kelakar. lama kot. 2 minggu lebih aku kena tunggu supaya belang dekat badan aku ni hilang. aku tak kesah sangat sebab aku ni jenis bertudung dan pakai baju lengan panjang. so yang tengok belang tu housmete aku je pun. kalau kena gelak aku tak kesah, aku boleh gelak sama. hehehe.



snorkeling


Dekat redang aku snorkeling sebanyak tiga kali. ada tiga sesi. maksudnya tiga check point yang berbeza, tiga pulau yang berbeza. hari pertama aku pergi dekat tengah tengah laut. yeeee. dekat tengah-tengah laut.


sumpah menggeletar lutut aku masa tu!
risau mati lemas. hahahaha. sebab aku tak reti berenang kot. logik kalau aku takut.
memang lah bila dah pakai life jacket kita tak kan tenggelam tapi aku peduli apa, bila aku dah takut aku tetap akan takut. 


bila sampai destinasi aku jadi kejong. nak turun ke tak nak. orang lain dah turun laut dah masa tu. lepastu boatman paksa paksa suruh turun jugak. rugi kalau tak turun kata dia. okay fine aku turun jugak. orang lain lompat dari bot, aku turun ikut tangga. ala-ala princess gitu. bila dah sampai bawah aku suruh kakak dua orang tu jaga aku. tapi ada peristiwa kelakar seram yang jadi masa tu. aku sampai bawah aku pegang tangan kina. kina pun lebih kurang macam aku. dia pun buat-buat berani masuk dalam air tu. lepastu......


dia berpaut dekat aku, aku berpaut dekat dia.
last-last aku yang tenggelam. habis tertelan banyak air masa tu. 
haaaaaaaaaa korang jangan gelak. aku kapak sorang-sorang nanti.
lepastu aku diselamatkan. aku panjat tangga tu balik. aku duduk dalam boat.
macam harem.
aku tengok je orang lain bersuka ria snorkeling.
benci tau.
lepastu aku nampak sorang boatman pegang pelampung. 
dekat situ dia suruh orang yang tak reti berenang (macam aku) pegang pelampung tu kemudian dia bawak snorkeling dengan selamat.


boatman yang lain pujuk-pujuk aku pergi turun bawah balik. last-last aku cakap aku nak ikut yang pelampung tu. lepas tu aku kina dengan sorang lagi penakut yang macam kitorang pun snorkeling sambil pegang pelampung. 


tangan pegang pelampung, lepastu terapungkan badan macam mayat, lepastu selamkan diri dalam air sambil tengok coral-coral yang cantik dekat dasar laut. best. masa tu lah aku belajar snorkeling cara betul. cara bernafas dengan betul. sebab aku tak tahu kenapa bila aku masuk air je aku jadi gelabah tahap dewa. sampaikan nak bernafas pun aku tak pandai. macam tercungap-cungap gitu. 




Hari kedua : Pulau Redang marine park 


Aku mengaku gambar dekat atas ni bukan aku dan bukan sahabat-sahabat aku yang tangkap. aku curi dekat google. tapi keadaan dalam gambar tu memang sebijik macam apa yang aku rasa. sumpah best gila snorkeling dekat sini. kita boleh nampak ribuan jenis ikan dekat sini. dekat sini aku kurang sikit cuak sebab dekat sini cetek sikit. cetek tak cetek sangat lah kan. masa ni aku bahagia betul. bahagia tengok ribuan ikan depan mata sambil tersenyum sendiri.


mengada sangat senyum lepastu alat yang aku pakai untuk snorkeling tu masuk air. so air masuk mata masuk hidung. lepastu bila jadi macam tu gelabah aku datang balik. sumpah lawak! tak payah nak bayang sangat macamana aku gelabah dalam air. tak payah. sepak nak?


aku cuba tenangkan diri. lepastu aku sambung tengok ikan-ikan tu sambil pegang roti. banyak ikan-ikan kerumun aku sebab nak makan roti yang ada dekat tangan aku. perasaan masa tu tak dapat digambarkan. memang best gila. dia gigit roti lepastu dia gigit tangan. eeeeeeeeee geram. rasa macam nak picit sekor-sekor je tau. ikan dia pulak kemain lawa.





sumber : google

Lebih kurang macam ni la keadaan aku masa tu. seronok tau. 
ikan dimana saja. kiri kanan depan belakang ada ikan.




sumber : google

Lepastu aku nampak berjuta-juta ikan bilis lalu depan mata. 
rasa macam nak duduk tengah-tengah laluan ikan-ikan tu je tau.


untuk sesi snorkeling yang ketiga aku pergi dekat pulau lain pulak. tengok coral. masa tu aku ingat aku punya cuak dah habis. tapi silap. masa tu bot berhenti tengah laut. lebih dalam dari sesi pertama. aku konon beranikan diri untuk snorkeling. bila aku benam kepala aku dalam air aku terkejut. terus naikkan muka ke atas. lepastu....


"OMG dalamnyeeeeeeeee!!"


lepastu orang lain gelak je. kohaja betul kan? aku cuak kot.
aku cuba lagi beranikan diri untuk snorkeling. masa tu aku ada nampak ikan besar. memang besar betul. seronok rasa. tapi kitorang tak bernasib baik sebab tak nampak jerung. kina pernah pergi pulau perhentian. dia kata masa dekat sana dia nampak jerung besar lalu dekat bawah dia. kiranya nampak jerung depan mata. gila punya best lah kan.


memandangkan aku seronok gila sepanjang trip ke redang kali ni, aku nak share dekat pembaca semua. Makan dekat sana memang super sedap. perkhidmatan dekat sana pun bagus. orang-orang dekat sana baik dan ramah. baru kenal rasa macam dah bertahun kenal. dia layan kita macam family. resort pulak bersih. memang puas hati. 



Pakej 3 hari 2 malam bagi seorang = RM280
(Pakej termasuk feri pergi balik dari jeti Shah Bandar, 
makan pagi tengahari petang malam dan BBQ, 
snorkeling ke tiga pulau yang berbeza)

*kira untung lah tu sebab pakej aku haritu RM325*


Kalau berminat boleh private message dekat FACEBOOK aku.
aku akan terangkan dengan lebih lanjut. 
dekat sana kalau bab-bab makan memang puas hati. perut tak sempat nak lapar.


Okay itu jelah cerita snorkeling aku. 
kepada siapa-siapa yang tak reti berenang macam aku relax je.
semua akan berjalan lancar.
Dan tak lupa kepada YUS yang banyak bantu kami dekat sana. 
terima kasih banyak. jasa baik anda tidak akan kami lupa sampai bila-bila. dia baik sangat. 

itu je.
Babai adios amigos!


:)