Monday, 22 April 2013

Dunia baru.


Ada orang kata aku sekarang makin sombong. Aku sebenarnya bukan sombong atau sengaja menyombongkan diri. Cuma aku dah terlalu sibuk cari sesuap nasi dekat tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ni hah.


Maka aku benganglah bila aku tengah sibuk kerja sampaikan nak tarik nafas pun tak sempat lepastu tiba-tiba aku dapat sms atau comment yang kasar bahasanya tu kan.


Bengkek beb, bengkek.


Sekarang aku dua tiga empat kali lagi sibuk dari dulu. Aku baru tukar kerja, dari syarikat hartanah ke syarikat perumahan negara berhad atau SPNB sebagai seorang kuli yang bernama assistant executive. Tapi dulu study Tourism Management.


Jauh terpesong bukan?


Awal pagi aku bangun keluar pergi kerja dan balik rumah malam. Lepastu letih, buat apa yang patut kemudian tidur. Dan besok buat benda yang sama sampai hari jumaat. Kadang2 kena keluar oustation berhari-hari. Sabtu pun kerja. Dia punya sibuk sampaikan kadang tu tak sempat nak bersua muka dengan housemate.


Badan letih. Tapi aku fikir, kalau orang lain boleh kenapa aku tidak?


Tapi sumpah aku suka kerja baru aku ni. Alhamdulillah, masa interview semua berjalan dengan baik. Aku kena interview dengan 5 orang panel dan bos 3 daripada mereka kenan dengan aku. Memang alhamdulillah.


Aku dah jarang nak berfacebook sangat, twitter pun dah makin kurang,  Instagram pun sama, Blog apatah lagi. Wechat pun aku jarang reply sebab aku segan lah ramai orang kata suara aku macam budak tadika padahal aku ni rock orangnya. Heh. Dan keek pun aku sekadar sempat stalk orang lain punya video je, aku takde pun upload apa2 video, sebab aku kan pemalu lagi sopan santun. Gittuw.


Alhamdulillah aku dah makin terlalu jatuh cinta dengan kehidupan sibuk yang melampau aku sekarang. Semoga semuanya dipermudahkan.  Amin.

8 comments:

Nurul Arifah Abd Rahim said...

Finally! lama nya tunggu kak yana update belog. Haha Good luck in your life sis! :)

DAYG fortheshort said...

Aminn. Wish u luck sygg!! ;)

DAYG ♥ said...

alhamdulillah rezeki yana. tc dimana jua anda berada. hihi :D

erytaleb said...

assalammualaikum wbt :)
first of all, tahniah dari saya. selamat datang ke alam pekerjaan yg baru :)

semoga success sentiasa ya :)

siti shahirah alimin said...

tahniah sis, sya pun study tourism management.. hihi,jauh terpesong keja dgn apa yg sis stdy kan, rasa best pulak :)

Noratisa Nasir said...

Dah lama tunggu entri Kak Yana. Kak Yana inspirasi tessa :) Banyak kata-kata yang tusuk jiwa untuk bangun dari mimpi ngeri. Thanks Kak Yana :)

cik abbit said...

keep it up a good job kak Yana. be strong bebeh

nuruashia said...

ehhehe..teruskan ngn ur life dear :)