Friday, 7 June 2013

.



Tuhan,
Kalau dia memang baik untukku, dekatkan lah diriku dengannya.
Tapi Tuhan,
Kalau dia bukan untukku, jangan biarkan hambamu ini menjadi suka atau cinta padanya.

-99 Kali Rindu, 2013


Amin.


Ada satu orang.
Masih setia tunggu aku seorang.
Sangat pandai buat aku gelak. Tak reti buat aku sedih. Sentiasa ada saat susah senang.
Aku tak banyak cerita tentang dia. Sebab yang aku tahu, aku tenang dan bahagia.



Ada lagi satu orang.
Datang bila aku bahagia.
Mungkin niatnya baik, dia juga datang cara baik, dia minta maaf seikhlasnya dengan baik.
Dia senyum dengan baik, tutur katanya sangat baik.
Tapi kenangannya sangat pahit.
Aku terkejut, aku terdiam, aku senyum kelat, dan aku jawab.
"Kisah kita dah habis. Walaupun luka dia terlalu dalam, walaupun cara dia terlalu kejam, aku bukan sesiapa yang layak untuk menghukum insan lain dan sejujurnya antara aku dan dia dah lama hilang perasaan benci dan dendam."


Pahit.


Percaya bahawa Tuhan lebih tahu apa yang buat kau dia dan mereka lebih bahagia.
Dan Tuhan,
Jika dia memang untukku, PERMUDAHKANLAH.



No comments: