Monday, 3 June 2013

Pipi cap sauh.



Mana je aku pergi pipi mesti jadi watak utama. Pelik jugak aku kenkadang. Sebab sebelum ni bila kena ngejek aku rasa macam orang sekeliling sengaja nak beramah mesra dengan aku tapi bila sekumpulan orang yang aku tak pernah kenal dan aku tetiba kenal (officemate aku sekarang) lepastu mula bahan pipi aku, aku mula rasa lain macam. Aku dah macam..... OMG serius ke pipi aku dah kronik? Lepastu aku fikir, entah-entah aku dah kena sumpahan. Sebab ramai kata badan aku biasa tak lah kecik mana tak lah besar tapi pipi aku... masyaAllah. Dulu tak lah teruk macam ni.
Hurm sedih.


Antara soalan yang aku selalu dapat.

Yana, tu pipi ke pau?
Yana, makanan dalam mulut tu bila nak telan?


Dan antara ayat jahat.

Bila tengok bulan mesti aku teringat kau yana.
Kalau bab badan aku kalah tapi kalau bab pipi yana sentiasa menang.
Aku tengok kenkadang kau ni dah macam hamster yana.


Jahat.


Kalau perasan aku sekarang dah kurang pakai shawl sebab aku rasa bila pakai shawl pipi aku akan menutupi muka aku. Demmit! Teruk betul perasaan ni.
Kuruskan lah pipi sahabat ku yang bernama yanayonet ini Ya Allah. Amin.
Thanks korang sebab mendoakan :)
Amin amin amin.
Tolonglah makbul. Fuh!




2 comments:

Airil Azmei(Sky EagLe) said...

hamster...hihihi...lawak

nabila azmi said...

heheh tpi maintain cntik=)