Friday, 19 July 2013

Belajar terima.



Jujur aku jenis dendam.


tapi sebenarnya aku sedar semua tu tak baik. selama ni aku sedar tapi aku sengaja buat-buat tak sedar sebab aku jenis keras hati. bila marah tu datang aku memang dah tak peduli apa orang lain cakap. sentiasa rasa yang diri sendiri jugak betul. kau nak cakap apa kau cakap. aku boleh buat kering. masuk telinga kiri keluar telinga kanan. itu pun kalau masuk. sebab kadang tu tak sempat masuk telinga kiri dia dah melantun keluar. nampak tak dia punya kering tu macam mana. sebab tu bila kena maki hamun aku boleh senyum balik.


luar je senyum tapi sampai satu masa aku akan duduk sorang-sorang lepastu aku muhasabah diri.
lama.


tanya balik mana silapnya
fikir balik apa sebabnya



bukan sehari aku macam ni. bukan jugak dua hari. bukan seminggu. dan bukan sebulan. sebenarnya dah bertahun. aku simpan aku pendam dan aku dendam. tapi sekarang aku rasa cukup lah sampai sini. aku kena belajar terima.


semua orang buat silap. aku dia kau mereka, semua pun pernah buat silap. cuma satu je cara untuk tenangkan balik diri kita yang sakit teruk tu. belajar terima. ada sebab kenapa Tuhan jadikan kisah hidup kita macam ni. kalau nak kata tentang sakit bukan kita seorang je yang sakit. orang lain pun ada sakit dia yang sendiri. kita dah besar. fikir cara orang besar.




tipulah kalau kata aku tak sakit.



No comments: