Thursday, 25 July 2013

Berdepan dengan peragut.



23.07.2013, Selasa. Kampung Baru.


Antara tarikh hitam dalam hidup aku. Sebab berdepan dengan peragut.
Aku memang biasa jalan kaki berdua dengan officemate sebab rumah ke office tak adalah jauh mana pun. Dah nak sampai office dalam pukul 8 macam tu kawan aku kena ragut depan mata.
Dia betul-betul sebelah aku. Dia punya perasaan tak tahu nak gambarkan macam mana. Sampai sekarang aku masih terbayang kejadian tu.


Sekelip mata sangat. Dan semuanya hilang. Nasib baik kami dua tak apa-apa.
Ada seorang hamba Allah dia baik hati sangat. Dia bawa kami dua pergi balai polis buat report.


Semoga peragut melayu yang bermotosikal honda hitam berhelmet berbaju pejabat yang ragut pada bulan mulia itu insaf. Dan semoga perasaan trauma aku hilang sepenuhnya. Amin.




No comments: