Wednesday, 14 August 2013

Rindu arwah atuk.





Ramadhan dah berlalu pergi.
Entah kita masih berpeluang untuk jumpa Ramadhan tahun depan ke tidak kan.
Bila takbir je malam tu aku terpandang wajah ibu.
Ibu menangis. Ibu cakap 'mesti arwah atuk sedih'
Sumpah aku sebak. Arwah atuk pergi masa ibu dekat Mekah, lagi tiga hari baru dapat balik Malaysia. Aku tak tahu apa ibu rasa masa tu. Yang pasti aku tahu yang ibu rindu sangat dengan arwah.
Sama macam kami semua.


Syawal ke dua aku balik kampung. Kampung aku dekat je, Sungai Tengi Selangor.
Kami semua melawat kubur arwah atuk.
Dan lagi sekali aku nampak ibu keluar air mata. Sama macam nenek.


Perasaan marah benci dendam hasat dan segala jahat terkumpul dalam diri bila kita terlalu fikirkan dunia. Padahal kita sedia tahu yang kita hidup tak lama. Marilah kita berubah bersama. InsyaAllah.


Untuk arwah atuk kesayangan saya, Al-Fatihah.




Cucu yang sangat merindui, 2013








No comments: