Tuesday, 17 December 2013

Ikhlas.



Aku perasan yang sejak dua menjak ni keluarga layan aku macam budak kecik, macam anak manja. Hari-hari call dok tanya khabar. Kadang tu aku bangun tidur ada berbelas misscall dari ibu. Pantang cakap suka makan apa mesti nak masakkan bagi aku rasa. Makin hari makin sayang. Aku perasan benda tu.



Padahal dulu pernah berminggu-minggu aku tak contact keluarga. Sampai nak balik raya pun rasa macam takde mood. Aku sanggup balik kampung nenek dari balik kampung sendiri. Semuanya gara-gara merajuk sebab benda yang aku nak, aku tak dapat. Tak matang, aku tahu. Tapi benda tu dah berlalu.



Alhamdulillah aku dikelilingi dengan orang yang ikhlas sayangkan aku. Terima kasih Tuhan. Sampaikan sedar tak sedar aku terpaksa sakitkan hati insan yang terlalu baik dengan aku. Ye terpaksa. Moga Tuhan je yang dapat balas jasa baik kalian.



Dalam senyum, ada duka yang tak siapa tahu kenapa. Semoga aku terus ikhlas dalam ujian Tuhan kali ini. Senyum dan terus ikhlas. Aku tau kau boleh, Diana.


1 comment:

nabila azmi said...

lucky....
stay strong awak..