Tuesday, 3 December 2013

Sandakan Aku Datang.



Nak tak nak aku kena jugak keluar dari semenanjung ni sebab aku dah pun dapat surat dari company untuk transfer ke Sandakan, Sabah.


Termenung jugak lah bila dapat surat tu. Tak tahu nak rasa apa. Call mak kononnya nak mengadu sebab dapat jauh sangat. Lepastu boleh pulak mak cakap "Laaaaaaa. Awak tu memang suka bejalan jauh-jauh kan?"


Dan rupanya mak dah tahu dah aku kena transfer Sabah sehari sebelum aku dapat surat. Katanya sengaja tak nak bagitahu aku sebab risau nanti aku sedih. Eeeee jahat.


Aku ada masa tak sampai sebulan untuk setelkan semua benda. Nak cari rumah baru, nak cari penyewa baru dekat KL ni, nak packing semua barang antara bawak Sabah atau bawak balik Pahang. Nak setelkan hal peribadi. Nak itu, nak ini. Blerghh banyak gila tahu?


Tapi aku ni pesen pantang dicabar.
Kalau orang lain boleh kenapa aku tidak?
Kan?


Sedih pun ye.
Nak tinggalkan keluarga,
Nak tinggalkan yang tersayang,
Nak tinggalkan kawan,
Nak kena cari kenalan baru,
Nak sesuaikan diri dekat tempat baru,
Blahblahblah.


*tarik nafas*
Fuhhhhh.


Goodluck Cik Yana.
Semuanya akan okay.


Awak doakan saya ye.



4 comments:

SitiNurhaida said...

Yana goodluck! Jge dri di tempat org.

Lulu Caldina said...

jgn risau, lulu sah sampai sandakan.. tpt tu mmg maju tau :) good luck, jgn susah2 hati eh

MAY said...

gud luck dee..

Nurfarhana Chek Saat said...

Good luck yana sayanggg. You can do it bebeh !