Tuesday, 4 February 2014

Gambar Tunang 281213


Buat benda yang kita rasa kita mampu.
Bukan sebab terikut dengan cara orang lain.


Jujur cakap aku bukan pesen yang suka kumpul duit. Ada duit shopping, ada duit makan besar, ada duit travel, ada duit enjoy. Tapi bila sampai masa ada orang masuk meminang dan aku akur dengan keputusan semua, rezeki tu datang tiba-tiba. Segedebuk banyak. Dapat kenaikan gaji, dapat elaun rumah, dapat elaun kecemerlangan, dapat macam-macam. Alhamdulillah. Yang lagi seronok aku dapat pakej murah untuk pelamin yang sederhana, baju yang simple, juga make up yang ala kadar dengan harga RM550.


Ini ada sikit kenangan gambar status aku ditukar kepada tunangan orang. Aku paling jatuh hati dengan cincin yang ditempah khas oleh mama tunang aku sendiri. Sebelum majlis aku tak dapat tengok pun cincin tu sebab katanya suprise. Cantik, siap ada huruf D untuk Diana atau Dee lagi. 


Bukan mudah jadi tunangan orang. Banyak benda lagi aku kena hadap. Banyak problem lagi kena solve. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin.
















 
























5 comments:

liyliz said...

salam. sis, taniah sngt sngt. akak share la pengalaman beli brg brg hantaran ni.

♥ CIKZEK ♥ said...

cntiknyaaa yana ! thniah yana =) murah rezeki yana. moga dipermudahkan urusan ntok mmbina masjid =))

~uǝǝʇɐɟ said...

kak yana, tahniah!! cantek sgt makeup tu. sukaaaa tgok :)

cikfifa said...

wow wow wowww!
sis cantik comel dah tunang lahh.
cantik ouh cantik bangett! <3

Miss Iza said...

Kak yana, gambar kawin nanti jangan lupa update dalam blog ye. tak sabar rasanya. Eh lagi satu permintaan boleh? kak yana cerita la perjalanan cinta dgn tunang akak tu. Kalau menganggu akak, its okey. Thanks kak yana.