Tuesday, 25 March 2014

Satu soalan.



"Salam kak yana, maaf kacau. Cuma saya nak tanya, macam mana akak boleh jadi kuat lepas macam-macam orang cakap pasal akak. Maaf sekali lagi sebab ingatkan balik cerita dulu. Tapi saya nak setabah akak"


*senyum*


Awak,

Akak awak ni tak lah setabah yang awak sangka. Kalau tabah takdelah sampai satu masa tu bangun tidur menangis, makan menangis, pergi kerja menangis, balik kerja menangis, nak tidur menangis. Tapi kena ingat, sesakit mana pun kita, itu tetap kenyataan yang kita kena tempuh. Menangislah kalau itu je cara yang boleh buat kita sedikit tenang. Belajar kuat. Kalau boleh berlakon, kita berlakon. Senyum selagi boleh.


Bila aku gelak ketawa, ramai tanya.Tak sedih ke? Aku diam dan senyum. Kadang-kadang kita tak perlu beria explain kepada orang sebab kemungkinan apa yang kita cerita bukan dia nak dengar pun. Dia cuma nak dengar benda yang dia nak dengar je. Maka masa itu kita diam. Aku senyap bukan bermakna tak ada apa yang nak dicakap. Cuma tahu, keadaan tu tak sesuai dan tak perlu pun untuk dibicarakan.


Tapi satu aku nak share, kita tak perlu buka aib orang untuk menunjukkan kebagusan kita kepada orang lain. Tak kiralah jika ternyata memang dia yang bersalah. Relakan dan amalkan konsep berdiam diri sahaja. Diam bukan bermakna kita kalah mahupun lemah.
Biarlah hanya Allah sahaja yang membiarkan takdir dan persoalan itu terjawab.
Kena ingat, simpanlah aib orang sebaiknya. Tiada orang dalam dunia ni yang sengaja membuat dosa atau dalam sedar terlanjur buat salah.


Memang aku pernah benci sangat dekat orang lain sebab dia buat separuh hidup aku menderita teruk, tapi aku fikir, sampai bila nak macam ni. Sampai bila nak simpan dendam dan benci? Satu je ubat untuk semua ni iaitu redha. Bila dah redha alhamdulillah kita akan lebih tenang dari sebelum. Syukur semua tu dah berakhir. Aku dengan kisah silam aku dah berbaik semula. Dan dengan keluarganya sekali. Dah boleh gelak macam dulu balik. Tak perlu rasanya nak benci marah dendam lama-lama sebab kita pun tak tahu kita hidup lama mana kan?


Semoga adik faham apa yang akak cuba sampaikan kali ni. Akak tak bagus mana, sentiasa ada khilaf. Tapi tak salah rasanya kita menasihati dan kongsi pendapat antara satu sama lain. Kan?


Aku pun dah bertunang, dan beberapa bulan je lagi akan bertukar status kepada Cik Puan.
Hehe takzabarnyee!




3 comments:

Liyliz said...

akak! liz dah ikut flow akak da lama, ms kes hr tu pun mg liz sndri tfkir nk tny mcm mn akak tempuh smua tu. bkn skejap tp hmpir berbulan psl tu. Alhamdullilah akak da bahagia skrg, reli hope we meet up one day.

Liyliz said...

akak! liz dah ikut flow akak da lama, ms kes hr tu pun mg liz sndri tfkir nk tny mcm mn akak tempuh smua tu. bkn skejap tp hmpir berbulan psl tu. Alhamdullilah akak da bahagia skrg, reli hope we meet up one day.

si ngokngek said...

belajar untuk menerima dan jadikan pengajaran.matang