Tuesday, 12 May 2015

Honeymoon Star Cruise Libra ke Penang Phuket Krabi (Part 2)


Hai assalamualaikum korang!

Entry ni sambungan dari Honeymoon Star Cruise Libra ke Penang Phuket Krabi (Part 1)

Lama betul tergendala. Sejak dua menjak ni aku agak busy sikit hehe. Sebenarnya aku teringin nak honeymoon ke Bali, tapi sebab husband kata honeymoon Bali macam klise sangat sebab tu kitorang buat kelainan sikit. Serius puas hati sangat honeymoon kalini. Tambahan pula honeymoon sponsor sepenuhnya hadiah dari suami, siapa tak suka kan. Hehe. Kapal ni ada 10 deck. Bilik aku dekat deck 8, kiranya kedua atas lah sebab deck 9 tempat untuk makan-makan, dan deck 10 tempat santai santai.

Hari pertama : PENANG



Kena ada dekat Penang International Cruise Terminal (Swettenham Port) selewat-lewatnya jam 1.00 petang untuk pendaftaran masuk. Apa-apa pun korang kena check passport sendiri. Make sure passport korang tu sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh bertolak. Kapal mula belayar dalam jam 5.00 petang.

Masuk kapal je aku terus letak semua barang dalam bilik dan jenjalan jelajah satu kapal ambil gambar. Eksited lah katakan. Terasa kaya pulak padahal tak haha.








Lepastu lapar je kitorang terus pegi makan. Makanan dia tak payah cerita lah. Serius sedap dan banyak gila. Pakej makan termasuk sarapan pagi, makan tengahari, makan petang, makan malam, dan supper. Berat badan boleh naik berkilo-kilo. Hehe. Tengah beborak sambil makan dengan suami tak sedar pulak yang sebenanya kapal dah gerak ke tengah laut.


Cuma dekat atas kapal ni tak boleh bawa iron. Kalau nak iron baju kena bagi dekat dorang, so dorang lah iron. Pastu korang kena bayar lah kan apa lagi. Satu tudung RM2, baju RM5 kalau tak salah. Dekat atas kapal ni juga kena guna international plug. Kalau korang tak ada boleh pinjam dekat kaunter khidmat pelanggan deck 4. 


Prosedur nak masuk lebih kurang macam naik flight jugak.






Ini dari dalam bilik.




Bersantai-santai dengan suami.





Hari kedua : PHUKET

Cruise sampai dekat Phuket dalam jam 12.00 tengahari. Korang boleh rujuk star navigator program (deck 4) untuk dapatkan aktiviti yang akan dijalankan di atas Cruise sekiranya korang tak beli pakej lawatan ke Phuket. Aku jalan-jalan sendiri je dengan suami dekat Phuket sebab rasa macam rugi je ikut pakej Phuket dorang. Bayar mahal-mahal tapi dia bawa tempat entah hape-hape. Contoh macam pergi tokong, bee farm, pearl factory, okay serius aku tak suka.  Nak cari makanan halal dekat Phuket ni memang senang.

















Kitorang naik kapal awal sebab nak join aktiviti dalam kapal. Best juga lah dapat tengok magic show dengan colour of asia.

Cruise akan berlayar daripada Phuket dalam jam 1.00 pagi.



Hari ketiga : KRABI

Cruise tiba dekat Krabi jam 10.00 pagi. Lepas sarapan korang boleh buat aktiviti sendiri. Alang-alang dah sampai Krabi mestilah kitorang ke Aonang. Nak island hoping memang tak sempat. So jenjalan je lah dekat pulau tu. Cruise berlayar dari Krabi dalam jam 7 malam.













Dalam jam 6.00 petang dah naik cruise balik sebab malam tu kitorang ada Gala Dinner. Pihak kapal perasan yang kitorang ni tengah honeymoon jadi alhamdulillah dapat layanan istimewa dari dorang. Masa Gala Dinner nama kitorang dua dorang dah book siap-siap untuk makan satu meja dengan kapten2 kapal. Dapat macam-macam info dari dorang sebab dorang memang suka bercerita.





Dan nampak ni? Kitorang dapat Superstar Libra Priority Luggage Tag. Orang lain kena usung beg sendiri ke hulu ke hilir, alhamdulillah rezeki honeymoon kitorang dapat layanan istimewa. Letak beg depan pintu bilik je lepastu beg ada orang tolong bawa, dan dapat juga keluar awal dari kapal. Tak perlu beratur bersesak-sesak. Terima kasih korang! Sekian saja cerita honeymoon aku kali ni. Tak rugi untuk korang cuba. Pakej keseluruhan RM1500 satu kepala. Okay sampai sini saja. Babai :)







3 comments:

Syamimi Rosnee said...

Wahh bestnya kak yana honeymoon sampai ke krabi :)

Nik Azidah said...

Salam perkenalan dari follower ke 793 :)

Seronoknya honeymoon naik cruise...

alizal said...

best dapat naik cruise... Insya Allah giliran kami sekeluarga naik mediterranean cruise tahun depan...