Sunday, 14 June 2015

Pengalaman mengandung.



Lapan bulan sudah! Alhamdulillah. Cepat betul masa berlalu.

Serius dia punya seronok hanya tuhan yang tahu. Sebulan saja lagi baby nak keluar. InshaAllah. Syukur baby tak banyak ragam. Kalau orang lain sehari 4,5 kali muntah, aku sepanjang 8 bulan ni, sekali je muntah. Haha kelakar je kan. Tak ada alahan yang teruk pun. Semuanya mudah. Kaki tak ada bengkak-bengkak, hb cantik, kesihatan anak kesihatan ibu semua okay. Alhamdulillah lagi ya Allah.

Yang tak bestnya aku tak ada mengidam apa-apa langsung. Mudah sangat menjadi suami seorang yanayonet kan hehe. Sebab mengidam ni kita mana boleh buat-buat. Dulu masa single aku beria diet sampai tak makan nasi sebulan tapi aku rasa berat tak ada pun turun. Tapi sekarang masa mengandung pulak berat aku turun. Orang lain mengandung berat naik sampai 10kg, 12kg, tapi aku baru 6kg. Risau pun ada jugak sebab aku memang kurang selera makan. Bila tanya doktor, doktor kata berat baby semua okay. Mungkin berat ibu yang turun.

Check up bulan-bulan pulak aku pergi swasta dan government. Dua-dua pergi sebab aku selesa check up bulan-bulan dekat gomen tapi aku nak bersalin dekat swasta. Tapi dah 3rd trimester baru aku pergi swasta. Rancangan sekarang ni nak bersalin dekat swasta walaupun aku dapat rasa bil dia akan buat aku suami isteri berpeluh lepas ni. Redah saja lah. Aku check up dekat klinik kesihatan gombak. Serius jauh lagi puas hati dari check up dekat swasta. Pergi swasta dia check gitu-gitu ja tapi bayar bulan-bulan subhanallah mahainya sampai RM250. Tapi kalau check up dekat gomen bayar RM1 je tapi lebih puas hati sebab dorang akan nasihat macam-macam, check details sangat. Itu yang aku nak sebab ibu mengandung anak pertama memang tak banyak info. Banyak benda aku tak tahu.

Baru-baru ni aku ada buat scan 4D dekat hospital Al-Islam Kampung Baru. Aku sangat selesa datang sini berbanding Hospital Pusrawi. Doktor lebih banyak cakap dan mesra. Pakej scan 4D haritu RM200. Baby tak besar mana masa tu, 2kg je tapi dia punya pipi subhanallah sangat lah tembam. Suami kata sebijik macam pipi aku hehe. Muka baby pulak sama macam muka aku tengah tidur. Itu suami aku katalah.

Dekat office ramai sangat yang kata perut aku macam baby boy. Suami pun kata perangai aku macam bawa anak baby boy. Kuat betul main game! Itu paling ketara hehe. Pergi mana-mana jumpa makcik makcik tak kenal pun dorang kata perut aku macam baby boy. Tapi bila scan bulan-bulan, doktor kata memang jelas nampak baby girl. Masa scan 4D pun nampak baby girl. Sebenarnya aku tak kisah baby boy ke girl. Asalkan anak ibu ni sihat dah cukup. Tapi serius banyak beno aku beli baju pink haha.

Ramai kata aku seorang bakal ibu yang sangat kuat. Bejalan sakan sana sini macam tak mengandung. Macam tak reti letih. Letih jugak sebenarnya tapi aku suka. Sebab orang kata banyak jalan kan senang nak bersalin. InshaAllah. Ini antara tempat aku pergi masa aku mengandung.


Pantai Klebang, Melaka




Cameron Highland, Pahang




Pantai Batu Burok, Terengganu




Pantai Cherating, Pahang



Taman Layang-Layang, Kepong



The Khan Mongolian Restaurant



Mekong River, Vietnam






Bukit Tinggi, Pahang



 


Japanese Village Bukit Tinggi, Pahang



Pantai Klebang, Melaka




Ikea, Damansara




Wondermilk Cupcakes, Damansara




Floria, Putrajaya





No comments: